3 Hotspot Lepak Selebriti Anda

0
113
Remaja

Teringin untuk terserempak dengan selebriti kegemaran anda? Fork telah senaraikan 3 hotspot lepak selebriti anda untuk sesi selfie. Lepas ni bolehlah bawa pasangan atau BFF anda ke sini.

LOVE ME SEVEN DAYS

Explo Rasa
Explo Rasa

Dengar khabar Elfira Loy suka lepak sini, agak-agak dia makan apa ya? Eh, Elfira owner kedai ini! Lagi senanglah peminat-peminat Elfira untuk berselfie dengannya. Hidangan di sini berkonsepkan fusion iaitu ada gabungan menu barat dan tempatan. Bau ayam masak merah dihidangkan bersama nasi mentega memang boleh membuka selera. Confirm licin pinggan! Untuk dessert anda boleh mencuba ice-cream waffle bersama karamel dan berries. Rasanya boleh buat sesiapa saja ingin tambah order lagi.

ALAMAT: Jalan Alam Damai, Alam Damai, Kuala Lumpur
WAKTU OPERASI: Ahad hingga Isnin (11am – 11pm)
FacebookInstagram

STALKERS CAFE

猪仔食记
猪仔食记

Teringin nak stalk Fattah Amin? Apa kata korang pergi try makan di hotspot lepak kedua di Stalkers Cafe ini, mana tahu boleh ambil gambar dengan Pemenang Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH30. Restoran milik Fattah ini telah beroperasi sejak Oktober 2016 lalu. The cakes are awesome! Green tea latte dia pun boleh tahan tahap umphh dia. Cafe ini lebih bersifat kontemporari western dan harga sangat berpatutan.

ALAMAT: No. 3-1, Jalan PJU 5/3, Dataran Sunway, Kota Damansara, Selangor.
WAKTU OPERASI: Selasa hingga Ahad (3pm-12am)
FacebookInstagram

 

NOBU

TimeOut
TimeOut

Liyana Jasmay, penyanyi Cinta Bersatu sering kali berkunjung ke Nobu. Apa yang spesial di sini? Restoran ini terkenal dengan fine dining Omakase; di mana 100% makan yang disediakan adalah atas budu bicara chef. Ini adalah untuk memastikan kesegaran bahan terjamin sambil mengekalkan kualiti makanan tersebut. Antara makanan yang sangat worth it untuk di rasai adalah Toro Tartare; tuna yang di potong halus bersama caviar. Tekstur antara dua bahan tersebut adalah out of this world. Sangat sedap!

ALAMAT: Tingkat 56, Menara 3 Petronas, Persiaran Kuala Lumpur, KL
WAKTU OPERASI: Ahad hingga Isnin (6pm – 10.30pm)
Facebook l Website

LEAVE A REPLY