Kisah Disebalik Mee Boat Noodle

0
396

Pernah tertanya-tanya tak kenapa mee Boat Noodle ni comel je? Jika ada yang kata mee adalah sedikit kerana tak mahu diet hilang; malang sekali jawapan anda kurang tepat.

Mee sampan atau lebih dikenali sebagai boat noodle dijumpai dari zaman Plaek Phibunsongkhram pada tahun 1942 dan asalnya dijual di atas sampan di laluan sungai Bangkok. Dari situlah ia diilham oleh seorang penjual mee dalam sampan. Kerana dia berjualan secara berseorangan, ianya agak sukar untuk melakukan segala-galanya dengan sendiri. Dari mendayung sampan, mencelur mee, masak sup, menghidang makan, mengendalikan wang dan mencuci mangkuk-mangkuk yang kotor.

boat-238x300
Thai And Noodle Outlet

Isi mee ini sedikit kerana ia memudahkan urusan jual beli diantara penjual mee dan pembeli. Ia juga untuk mengelakkan pembaziran penggunaan bahan-bahan mentah. Jika mee banyak, ia akan menyukarkan transaksi penyerahan mangkuk mee kepada pelanggan dan lebih mudah tumpah.

Sehingga kini, hidangan ini masih disajikan di restoran tepi sungai dan mendapat sambutan yang ramai. Identiti mee sampan masih dikekalkan dengan penyajian portion mee yang kecil. Jika anda teringin feeling-feeling makan dalam portion comel, bolehlah ajak teman mahupun keluarga ke Boat Noodle berdekataan dengan anda!

 

LEAVE A REPLY