Mee Besen Untuk Gathering Bersama Keluarga

0
139

Sudahkah anda mencuba Mee Besen Ori di Melaka? Jika belum, anda wajib pergi ke Melaka dan mencuba hidangan special ini. Fork jamin anda akan berpuas hati dengan kuantiti makanan yang disediakan. Kalau lapar, anda boleh ambil set besen Superbig atau Jumbo untuk dimakan sendiri!

Makanan paling famous di sini ialah of course Mee Besen! Pilihan mee ada 4 jenis iaitu mee soya, mee kuning, meehoon dan kuey tiaw. Menurut review pelangan tetap, mee soya ialah pilihan utama pengunjung. Anda boleh mencampur beberapa jenis mee jika geng anda mempunyai selera mee yang berlainan.

Besen 2

Mee Besen ini disediakan dalam 4 size yang berbeza; saiz S, M, Superbig dan Jumbo. Untuk gathering keluarga dan rakan-rakan, anda boleh mengambil set  Jumbo. Set ini adalah untuk 8 hingga 10 orang. Confirm kenyang! Kalau tak cukup juga, anda boleh mencuba Pizza Jumbo dan Talam Western. Semua makan disini disajikan secara effisien dan paling best sebab service pantas.

Dari segi minuman pula, Restoran Mee Besen turut menawarkan menu menarik. Size minuman dalam kategori ice blended restoran ini amat besar. Air yang wajib anda rasa adalah Big Chocolate Candy dan Big Chocolicious; kedua-dua air chocolate-based ini disarankan untuk diminum secara beramai-ramai.

House of Nashya
House of Nashya

Pastikan anda datang awal kerana restoran ini sangat popular dikalangan tourist dan local. Anda harus beratur untuk menjamu selera. Enjoy your food!

ALAMAT: Pusat Niaga Durian Daun, Jalan Puteri Hang Li Poh, Kampung Bukit Gedong, Melaka.
WAKTU OPERASI: 3.30pm – 10.00pm (Selasa – Ahad)
HARGA: RM 6.00 – RM 70.00

INSTAGRAM l FACEBOOK

Foto: Mee Besen Ori Melaka

LEAVE A REPLY