Promosi Set Ramadan Feast Boat Noodle

0
602

Petaling Jaya, 26 Mei 2017 – Boat Noodle bakal melancarkan promosi set Ramadan Feast pada 27 Mei ini; sempena bulan puasa.

Terdapat 4 jenis hidangan sampingan di dalam set Ramadan Feast; iaitu Thai Popeye’s Tempura, Grilled Meatballs (ayam dan daging), Chickaboom dan Chicken Wings yang disajikan di dalam dulang. Set ini juga dilengkapi dengan dua jenis pilihan nasi; Krapow Chicken Rice atau Hulk Smash Green Curry.

Set Ramadan Feast sesuai untuk dijamu antara 2 hingga 4 orang. Set ini membawa kembali suasana nostalgik berbuka puasa bersama orang-orang tersayang pada bulan Ramadan dengan hidangan sampingan yang berbagai jenis.

Ramadan Feast boleh didapati sepanjang hari di Boat Noodle seluruh Malaysia dari 27 Mei hingga 24 Jun 2017 hanya pada RM29.90 (tanpa GST).

LEAVE A REPLY