5 Snack Halal Jepun Yang Best Buat Souvenir

0
664
Akind

Jepun terkenal dengan keunikkan tradisi dan budayanya. Ramai tourist datang ke Jepun untuk menikmati budaya dan makanan-makanan local di sini. Sebagai seorang Muslim, ia agak sukar untuk untuk mencari local food yang halal. Apatah lagi hendak mencari snack halal buat souvenir kan? So untuk senangkan para travellers, Fork senaraikan 5 snack famous yang halal untuk dibawa pulang ke Tanah Air.

1. Kit Kat Uji Matcha

wrabyapta8b
wrabyapta8b

Kit Kat Matcha memang ada di Malaysia tapi bukan Uji Matcha. Kit Kat ini tiada pengiktirafan sijil mahupun cop halal tetapi bahan-bahan yang digunakan dijamin tiada penggunaan bahan-bahan yang haram untuk dimakan oleh Muslim. Kit Kat Uji Matcha ini tidak agak sukar untuk dicari di Tokyo, memandangkan Uji Matcha adalah buatan khas Uji, Kyoto. Walaupun begitu, ia boleh dijumpai di lapangan terbang Haneda dan Narita.

Hadiah yang sesuai buat pencinta Matcha dan Kit Kat dari Jepun.

2. Soba-boro Cookie

cookie companion
cookie companion

Hadiah terbaik buat cookie monster! Soba-boro cookie adalah biskuit simple yang diperbuat dari tepung soba dan telur. Rasa dan tekstur biskuit ini unik; ianya crunchy tapi pada masa yang sama it melts in your mouth dengan a burst of caramel flavor. Soba-boro boleh didapati di kedai-kedai snack di daerah Kyoto. Jika ada kesempatan untuk ke Kyoto, check out kedai Marutamachi Kawamichi-ya dan beli some soba-boro cookie!

Souvenir ultimate bagi cookie moster yang adventurous.

3. Higashi

higashi

Tak tahu ada nak beli untuk boss? Fork recommend belikan higashi untuk boss yang di seberang nun sana. Higashi adalah sejenis wagashi yang kering dan mempunyai less moisture. Setiap satu paket higashi telah dihias individually. Basic ingredients dia adalah gula dan tepung beras. Jika anda mencari higashi yang berkualiti, boleh lah pergi ke Baiko-do di daerah Kagawa atau di Setouchi Shunsai-kan, Tokyo. Di Baiko-do, higashi dibuat menggunakan tebu Cina.

Gift sesuai buat boss mahupun orang tersayang yang mempunyai sweet tooth.

4. Kibi-dango

Dairy and Cream
Dairy and Cream

Kibi-dango berasal dari kisah heroic Momotaro atau “Peach Boy”. Ia adalah sejenis wagashi yang diperbuat dari beras pulut, kanji dan gula yang dibentuk menjadi flat round cakes. Pada asalnya kibi-dango menggunakan tepung gandum, tetapi resepi modern dango ini mengurangkan penggunaan gandum. Kibi dango ini dibungkus secara individual. Senang nak bahagikan souvenirs dan jimat ruang bagasi anda. Belilah di Koeido Confectionary, kibi-dango mereka sudah diiktiraf halal untuk dimakan.

Kibi-dango ini sesuai diberikan kepada mereka yang suka mochi.

5. Muso Castella Cake

Takaski
Takaski

Muso Castella Cake mempunyai 3 perisa yang berbeza, iaitu matcha, madu dan gula perang. Mengikut kajian Fork, Matcha adalah flavor paling popular di kalangan tourist dan local di Jepun. Nippon Asia Halal Association telah memberi pengiktirafan kepada castella cakes, ia dijamin halal. Muso terkenal dengan penggunaan bahan-bahan organik dan mereka sudah 50 tahun ada di dalam market Jepun. Muso Castella Cake boleh di jumpai di lapangan terbang Haneda dan Narita.

Souvenir last minute bagi international travellers yang lupa shopping souvenirs. Muso pengganti souvenir yang perfect!

LEAVE A REPLY