Resepi Kari Kepala Ikan (Mamak Penang Style)

0
10706
amie's little kitchen

Malaysians dan kari kepala ikan memang tak dapat dipisahkan. Lagi syok kalau kari kepala ikan resepi mamak. Ada hint of indian cuisine. Rasanya pekat dan fulfiling. Macam best sahaja masak untuk juadah berbuka kan? Di sini Fork akan berkongsi resepi dengan pembaca ajar kita bersama-sama boleh makan kari kepala ikan malam ini.

Bahan Basah:

1 kepala ikan merah dibelah dua (boleh diganti dengan kepala ikan kesukaan)

Bahan Untuk Rempah Ikan:

  • 2 biji bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1/2 inci halia
  • 3 camca besar rempah kari ikan

Bahan Untuk Di Tumis:

  • 2 ulas bawang putih , dihiris halus (kalau besar guna 1 ulas sahaja)
  • 4 biji bawang merah kecil, dihiris halus
  • 1 camca teh halba campur (terdiri dari halba, jintan putih/kasar dan biji sawi)
  • 2 tangkai daun kari

Bahan-bahan Lain:

  • Air asam jawa (700 ml, atau ikut suka)
  • 3 biji tomato, dibelah dua
  • Bendi (jika suka)
  • Terung panjang atau terung bulat
  • Garam (tambah jika perlu)
  • Gula (tambah jika perlu)
  • Serbuk perasa (tambah jika perlu)
  • 2 biji cili merah/hijau, dibelah dua, jangan putus
  • 1/2 kiub ikan bilis

Resepi:

  1. Bersihkan ikan, perap dengan asam limau dan garam. Kemudian cuci bersih ikan tersebut dan toskan. Satukan rempah kari ikan dan juga bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Gaul rata.
  2. Panaskan 1/2 cawan minyak dalam periuk, tumis bahan-bahan yang perlu ditumis sehingga wangi. Masukkan rempah yang telah dibancuh tadi dan masak hingga terbit minyak.
  3. Masukkan air asam jawa dan diikuti dengan bendi dan terung. Kacau lalu biarkan ia hingga mendidih. Apabila sudah mendidih, masukkan ikan. Untuk tambah perisa, boleh letak garam, gula dan serbuk perasa jika berminat.
  4. Setelah semua mendidih dan sebati, masukkan 1/2 kiub ikan bilis, tomato dan belahan cili. Biarkan ia mendidih selama 2 minit. Siap.

 

Selamat try resepi ini. Kami dah try. Anda bila lagi?

LEAVE A REPLY