Hj Sharin Low: Sajian Authentic Cina Muslim

0
284
Hj Sharin Low Grand Restaurant

Teringin nak merasa masakan authentic cina yang halal? Jangan risau, ada restoran yang anda boleh cuba. Restoran Hj Sharin Low menyajikan makanan authentic cina muslim pada kadar yang berpatutan. Best of all, restoran ini ada 14 cawangan di Semenanjung Malaysia!

Restoran ini menyajikan pelbagai jenis menu masakan authentic cina yang menjadi kegemaran orang ramai seperti Salted Egg Crab, Kam Heong Crab, Hong Kong Fried Rice dan juga Wat Tan Ho (Kueh Tiau Goreng Kantonese).

Yana Yassin
Yana Yassin

Antara makanan yang wajib order di sini adalah Roasted Duck, Udang Butter, Salted Egg Squid dan Sizzling Tofu With Egg. Bayangkan tofu sizzling panas-panas disajikan di depan anda. Paling best bila makan pada waktu dingin atau hujan.

SAYS
SAYS

Menurut sumber Fork, pemilik Hj Sharin Low telah memeluk Islam pada usia 21 tahun. Kemudian beliau menceburkan diri dalam bidang perniagaan restoran Cina Muslim. Niat Hj Sharin adalah untuk menyediakan ruang kepada golongan Cina Muslim menikmati masakan khas Cina yang halal.

Cawangan: KLIK SINI
FACEBOOK

 

LEAVE A REPLY