KBBQ: Kenali Daging Korean BBQ Anda

0
126
mangiaebevi

Korean wave! Dari K-pop ke KBBQ. Sekarang di Malaysia tengah lagi hangat pelbagai jenis makanan Korea. Kebanyakkan Korean food yang famous di Malaysia adalah lebih kepada jenis BBQ. Jadi di sini Fork nak beri one-on-one class mengenai jenis-jenis daging dalam Korean BBQ yang halal dimakan. Mana tahu ada yang terjatuh hati dengan Korean BBQ.

Ayam (marinated)

chowstatic
chowstatic

Dalam Korean BBQ, anda jarang jumpa ayam yang tidak diperam dengan rempah ratus. Ini kerana ayam bukan lah pilihan protein paling popular dalam KBBQ. Selain itu, ayam marinated tidak perlu apa-apa sebagai penambah rasa kerana daging ayam itu sendiri dah full of flavours. Kalau inginkan a bit of crunch, tambah capsicum atas salad.

Daging (marinated) @ Bulgogi

Barefeet In The Kitchen
Barefeet In The Kitchen

Bulgogi adalah hidangan klasik dalam Korean BBQ. Ia dikenali dengan rasa yang agak manis dan chewy. Daging jenis ni paling best dimakan dalam kuantiti yang banyak. Ia juga lebih enak dimakan dengan membalut bulgogi dalam sayur hijau yang crunchy. Berlemak dan sihat!

Itik

duk

Itik dikategorikan sebagai daging yang paling tawar dalam banyak-banyak daging di KBBQ. Itik panggang perlukan beberapa jenis penambah perasa untuk enhance rasa itik tersebut. Jika tidak, itik panggang itu akan rasa lebih kurang seperti ayam sahaja. Daun perilla yang telah diperap goes well dengan itik yang unseasoned. Ianya a must-have untuk mereka yang lebih berpengalaman menikmati Korean BBQ.

Prime Rib (unmarinated)

Simply Recipes
Simply Recipes

Walaupun Korean BBQ terkenal dengan daging marinated seperti bulgogi; unmarinated masih sahaja kerap di-order di kedai-kedai BBQ. Rasa unmarinated prime rib tidak jauh beza dengan barbecue steak biasa; cuma unmarinated prime rib KBBQ biasanya dicicah dengan garam dan minyak bijan sebagai penambah perisa.

Ribeye (marinated)

Tasting Table
Tasting Table

Exercise mulut sikit dengan mengunyah marinated ribeye ini! Ribeye ni agak liat tapi sangat juicy bila dikunyah. Lagi best kalau dapat cicah dengan doenjang (paste kacang soya); cukup perfect. Bagi yang suka minimal toppings, boleh sahaja makan begitu sahaja.

Short Rib @ Kalbi

patlafrieda
patlafrieda

Daging barbekue short rib atau Kalbi dikategorikan sebagai makanan ruji dalam restoran Korean BBQ; sama konsep dengan restoran Indonesia yang kebiasaannya mempunyai ayam penyet dan soto di kedai mereka. Setiap KBBQ mempunyai Kalbi yang diperap dengan rempah yang sedikit berbeza dengan satu sama lain. Walaupun begitu, kesemua Kalbi pasti dilumur dengan campuran kicap, bawang putih dan buah-buahan yang meat-tendering seperti nenas, kiwi dan papaya. Kalbi sesuai untuk di makan dengan nasi, mee naengmyum dan dengan begitu sahaja.

LEAVE A REPLY