Resepi Super Pedas Ayam BBQ Korea

0
370
Northwest Workshop

Ayam BBQ ini tak akan mengecewakan kaki pedas, especially bila makan panas-panas off the grill. Resepi ni hanya menggunakan peha ayam yang dilumur dengan homemade spicy hot sauce. Try resepi ini untuk alami volcanic eruption on your mouth.

Hidangan: 4 pax

Bahan-Bahan:

4-5 ulas bawang putih (dicincang)
3 camca serbuk cili merah Korea
2 bawang besar @ bawang bombay (dicincang kasar)
2 cawan gochujang (paste lada Korea)
2 camca gula perang
2 camca madu
1.5 kilogram peha ayam
1 camca halia parut
1 sudu teh cuka beras perang
1/2 cawan kicap
1/2 sudu teh garam
1/4 cawan minyak bijan

Resepi:

  1. Masukkan bawang putih, bawang besar, serbuk cili merah, gochujang, gula perang, madu, halia, cuka beras, kicap, garam dan minyak bijan dalam mangkuk. Gaul hingga sebati.
  2. Sediakan zip-lock bag bersaiz besar untuk letak kesemua peha ayam. Tuang ramuan yang telah digaul ke dalam zip-lock bag. Pastikan semua peha ayam diselaput dengan ramuan tersebut.
  3. Seal zip-lock bag dan letak di permukaan yang agak rata, seperti kuali yang flat atau dalam pinggan. Masukkan ayam ke dalam peti sejuk dan peram selama 6 hingga 8 jam atau semalaman. Terbalikkan posisi ayam sekali untuk memastikan ramuan disalut dengan rata.
  4. Setelah perap semalaman, keluarkan ayam dan sediakan grill untuk bakar ayam. Suhu api haruslah tinggi. Letakkan kepingan ayam di atas grill. Panggang selama beberapa minit untuk setiap sisi agar kulit ayam cepat masak.
  5. Apabila kulit ayam nampak merah keperangan, turunkan suhu grill ke sederhana rendah. Tutup penutup grill dan masak ayam selama 15 – 20 minit. Alih posisi ayam setiap 3 minit agak ayam dapat masak dengan sekata.
  6. Sebaik sahaja ayam masak, sajiankan ayam bbq kepada keluarga dan rakan-rakan.

Nota extra:

  • Untuk rasa ayam bbq yang lebih mendalam, cucuk ayam di beberapa tempat dengan garfu atau lidi sebelum diperap. Ini dapat membantu rempah meresap ke dalam peha ayam.
  • Sediakan satu botol spray air kosng apabila memanggang ayam berkulit untuk mengelakkan ayam hangus.

Selamat menikmati ayam yang super pedas bersama orang-orang tersayang. Jangan lupa sediakan air banyak-banyak terlebih dahulu!

LEAVE A REPLY