Kelazatan Crunchy Brownies The Famous Nisha

0
304

The Famous Nisha? No, The Famous Nisha bukan lah pelakon atau penyanyi, tapi ia sebuah syarikat di bawah naungan Nisha Cookies Consulting Company yang membuat homemade cookies, kek dan pastries. Syarikat ini juga menerima tempahan bagi wedding cakes dan acara majlis-majlis formal yang lain.

The Famous Nisha (TFN) telah beroperasi dari tahun 2003 di kawasan Ampang, Selangor. Pada mulanya ia hanya merupakan sebuah bisnes kecil-kecilan. Namun begitu, Puan Sharita Arifaton binti Md Salleh telah membuat keputusan untuk properly establish the business in the Malaysian market pada tahun 2008 selepas melihat potensi besar perniagaannya.

Semangat waja TFN dalam menjual and membekal cookies, pastries dan kek all over Malaysia membuatkan mereka disegani di pasaran lokal. Antara famous creation dari syarikat bumiputra ini adalah Crunchy Brownies Walnut dan Crunchy Brownies Chocolate Chip. Fork difahamkan bahawa The Famous Nisha amat mementingkan kualiti product yang dikeluarkan. Mereka akan adakan mini taste test untuk setiap batch untuk memastikan rasa dan tekstur product adalah sama dan sekata.

Fork sempat merasa kedua-dua brownie tersebut and let us just say that it is worth every penny. Untuk harganya yang sangat affordable ni, it is made with good quality ingredients. Crunchy Brownies The Famous Nisha sangat yang tipis tapi ia tidak mudah rapuh. Plus point brownies ni ialah ia tidak terlampau manis. Just nice untuk dimakan sebagai snack. Kalau munching sambil tengok movie di rumah, you won’t even realize you makan habis satu bag.

ALAMAT: No. 15, Jalan PJU 8/1, Bandar Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor.
EMEL: thefamousnisha@gmail.com

FACEBOOK l INSTAGRAM l LAMAN WEB

Foto: The Famous Nisha

 

LEAVE A REPLY