Resepi Peanut Butter Chocolate Chip Cookie Cheesecake Bars

    0
    170
    Divas Can Cook

    Bisikan Peanut Butter Chocolate Chip Cookie Cheesecake Bars. Tiada yang mampu melawan hasutannya. Bersenam dan healthy eating sudah semestinya the best choice for anyone but a cookie or two will always make a person happy kan? Especially bila you are going through a very tough week. So untuk menyenangkan hidup everyone yang ingin merasa, Fork sediakan the secret recipe to the best Peanut Butter Chocolate Chip Cookie Cheesecake Bars for your cheat day! Have fun making and eating this delicious goodness.

    Bahan-bahan Doh Cookie:
    1/3 cawan gula perang
    1/2 cawan mentega (unsalted)
    1/2 cawan gula putih
    1/2 cawan peanut butter
    1/2 sudu teh garam
    1 telur
    1 cawan tepung gandum
    1 sudu teh baking soda
    1 cawan REESE’s peanut butter cup minis
    2 cawan chocolate chips

    Bahan-bahan Inti: 
    225 gram cream cheese
    1 telur
    1/2 sudu teh vanilla
    1/3 cawan gula

    Resepi:-

    Doh Cookie

    1. Pukul mentega, gula putih, gula perang dan peanut butter ke dalam mangkuk dan kacau rata.
    2. Tambahkan telur ke dalam mangkuk tersebut dan pukul sehingga sebati.
    3. Sediakan mangkuk yang berasingan dan satukan tepung, baking soda dan garam.
    4. Campur adunan tepung ke dalam mangkuk mentega yang telah dicampur dengan gula dan peanut butter. Tuang adunan tenung secara berperingkat dan pastikan untuk adun selepas setiap kali di tuang.
    5. Masukkan REESE’s peanut butter cup minis dan chocolate chips ke dalam adunan doh cookie.

    Inti

    1. Pukul cream cheese, telur, gula dan vanilla sehingga rata dan creamy.

    Peanut Butter Chocolate Chip Cookie Cheesecake Bars:

    1. Panaskan ketuhar pada suhu 325℉.
    2. Sediakan loyang berukuran 9 X 9 inci.
    3. Kerat doh cookies kepada 2. Ambil 1/2 doh cookies dan alas di dalam loyang dengan rata.
    4. Tuang kesemua inti di atas doh cookie yang telah dialas di dalam loyang.
    5. Hancurkan baki doh dan taburkan di atas inti cheessecake.
    6. Tutup loyang dengan aluminium foil dan bakar dalam ketuhar selama 20 minit.
    7. Tanggalkan foil dan bakar sekali lagi untuk 15 – 20 minit atau sehingga cookie kelihatan keperangan dan lapisan cheesecake masak.
    8. Potong cheesecake bars dalam bentuk block atau bars. Sajikan Peanut Butter Chocolate Chip Cookie Cheesecake Bars panas-panas bersama 1 scoop ice-cream atau makan begitu sahaja.

    LEAVE A REPLY