Aik Cheong Coffee: Kopi Lokal Bertaraf Dunia

0
73
Aik Cheong Coffee Roaster

Sipping a cup for coffee yang kaya dengan aroma yang mantap hingga menusuk kalbu. Cukup untuk membantu seseorang untuk stay refresh. So untuk hari ini, Fork ingin menceritakan serba sedikit tentang jenama kopi lokal yang telah berjaya tembus pasaran 53 negara.

Coffee

Perusahaan ini dibuka pada tahun 1955, dua tahun sebelum kemerdekaan Malaysia. Aik Cheong Coffee Sdn. Bhd. pada mulanya hanya perniagaan kecil-kecilan yang simple sahaja dan kedai pertama terletak di Jalan Tokong, Melaka. Proses berniaga bermula dengan hanya mengeluarkan beberapa jenis biji kopi yang kemudiannya berkembang hingga 12 jenis dengan pelbagai gred. Terdapat beberapa jenis kopi diimport dari luar, termasuklah biji Robusta (Indonesia) dan juga biji Arabicas (Colombia). Misi syarikat ini pada asalnya untuk pasaran lokal sahaja. Dari proses grounding, roasting dan pembungkusan semua dilakukan oleh syarikat Aik Cheong secara manual.

Pexels
Pexels

Lebih kurang 10 tahun kemudian, Aik Cheong Coffee telah berpindah ke kilang yang lebih besar dan masih mengamalkan sistem perniagaan yang berorientasikan kekeluargaan. Kilang terbaru Aik Cheong terletak lebih kurang 4 km dari Bandar Melaka, di Kawasan Perindistrian Cheng. Dengan keluasan tapak sebanyak 8 ekar, mereka dilengkapi dengan peralatan mekanikal elektronik yang terkini untuk pengasingan biji kopi mengikut gred, memanggang dan membungkus biji-biji kopi.

Aik Cheong Coffee Roaster
Aik Cheong Coffee Roaster

62 tahun dalam perniagaan ini membuatkan Aik Cheong digelar veteran kopi instant. Mereka membungkus sekitar 800,000 sachet setiap hari dan menggunakan lebih kurang 3 tan kopi. Sehingga kini, Aik Cheong Coffee Sdn. Bhd. masih mengekalkan kedudukan mereka di pasaran lokal dan antarabangsa tanpa kompromi rasa dan kualiti. Aik Cheong, jenama kopi yang berkekalan untuk generasi akan datang.

ALAMAT: Lot 1-1, Jalan TTC, Kawasan Perindustrian Cheng, 75250 Melaka.
EMEL: enquiry@aikcheong.com.my

FACEBOOK l INSTAGRAM l LAMAN WEB

LEAVE A REPLY