Hotspot Nasi Kandar di Pulau Pinang

0
210
Tally Press

Nasi Kandar amat sinonim dengan Pulau Pinang. Kalau singgah sana, team Fork mesti pekena nasi kandaq. Maka sempena musim balik kampung ni, kami teringin pula nak makan satu pinggan; alang-alang sudah pulang ke utara tu. So di sini, kami telah senaraikan 5 hotspot best untuk anda menjamu selera.

1. Nasi Kandar Line Clear

The Hive Asia
The Hive Asia

Terkenal dengan it’s 24 hour service; Nasi Kandar Line Clear menyediakan makanan yang sungguh lazat dengan harga yang berpatutan. It might not be the cleanest food establishment but rasa makanannya is worth the risk! Setting restoran ini simple sahaja; dengan hanya meja dan kerusi kayu digunakan sebagai furniture. Tersorok dari kesibukan kota Penang, Line Clear terletak di lorong yang kecil di Jalan Penang. Truth to be told, rasa makanan di sini is considered one of the best there is in Penang and the cheapest too! Anda hanya perlu membayar RM6.50 untuk sepinggan nasi, ayam goreng, telur dadar (atau terus mata kerbau), sayur dan kuah banjir. 4 lauk ini yang membuatkan sesiapa sahaja puas makan. Ramai dah vouch tentang keenakkan kari spesial merela (dari kari kepala ikan hingga ke kari daging) dan Fork can say, the hype is real. Dari segi nilai mata wang, you’ll be getting more here than tempat-tempat lain.

2. Restoran Hameediyah

Hype MY
Hype MY

Restoran ini merupakan antara restoran Nasi Kandar tertua di Pulau Pinang. Ditubuhkan pada tahun 1907, Hameediyah lazim diklasifikasikan sebagai restoran mamak traditional yang terletak di Jalan Campbell. Kini Restoran Hameediyah dipanggil Hameediyah Tandoori House, selepas mereka meluaskan premis mereka kepada yang berhawa dingin. Hidangan konventional India-Muslim di sini boleh dikatakan agak pedas. Walaupun begitu, you can still get addicted to it. Makanan disini bukan sahaja sedap,malah restorannya pun bersih. Sesuai bagi pelancong yang mementingkan kebersihan suasana. Sekiranya nasi bukan makanan favorite ada or you simply dislike nasi, you can always cuba secebis dua murtabak di sini.

3. Nasi Kandar Liyaqat Ali

kausalya devi
kausalya devi

Lebih dikenali sebagai Nasi Kandar Beratur, tempat ini bagaikan syurga bagi peminat tegar masakan mamak. Ini juga port lepak best bagi mereka yang gemar keluar lewat malan dan tidak keberatan beratur untuk memilih dan membeli antara nasi kandar terbaik yang anda bakal rasai di Pulau Pinang. Uniknya restoran ini bukan dah pada nasi atau lauk-pauknya, akan tetapi pada waktu perniagaan mereka. Liyaqat Ali yang mula berniaga pada jam 10 malam. Ini kerana restoran ini merupakan salah satu restoran yang buka hingga lewat malam di dalam pulau. Walaupun anda perlu menunggu lebik kurang selama 30 minit, orang tempatan mengatakan ia amat berbaloi untuk beratur hanya untuk memesan makanan. Campuran rempah ratus yang berbagai telah menjadikan Nasi Kandar Beratur sebagai makanan pilihan masyarakat lokal dan pelancong dari dalam dan luar negara.

4. Kassim Nasi Kandar

630x476xPenang-food-capital-malaysia-21.jpg.pagespeed.ic.vRUvLUb4Rf

Pada pendapat Fork, this place is actually setanding dengan restoran Line Clear  dan juga restoran Liyaqat Ali. It is less crowded and anda tidak perlu menunggu lama untuk menikmati nasi kandar. Kedai Kassim ini telah ditubuhkan dan diurus oleh masyarakat setempat. Rahsia disebalik makanan ini adalah Kassim tidak kedekut rempah ratus. Mereka tidak tamak rempah, malah makanan mereka sentiasa kaya dengan raya yang cukup padu. Jika anda seorang adventurous eater, Fork ingin anda mencuba daging masak kari hitam yang dikategorikan pedah berbanding kari-kari yang lain. Ia amat popular dalam kalangan penduduk setempat. Makan kari spesial Pulau Pinang ini dengan sepinggan nasi putih, kobis yang telah diracik.

5. Restoran Sup Hameed Nasi Kandar

sup-2

Restoran Sup Hamed merupakan sebuat kedai yang mempunyai rasa kari yang diantara rich mild taste dan fiery spice mixture. Mereka berdiri in a very fine line. Specialty restoran mamak ini adalah pada sayuran mereka and not the meats or curry. Antara  sayur favorite orang ramai is kacang buncis yang ditumis bersama kicap, bendi steam dan sayur campur masak kari. Kebiasaannya hidangan tersebut adalah sedikit pedas. Selain dari lauk sayur-sayuran, mereka juga menyajikan lauk sambal sotong dan beberapa jenis kari (ayam, daging, ikan dan kambing). Di sini, anda perlu mencuba nasi kandar bersama ayam kurma. The spiciness is just nice, tak terlalu sikit dan juga tidak terlalu banyak.

LEAVE A REPLY