in

10 Makanan Viral di Malaysia 2018

Makanan yang popular melalui media sosial seperti Instagram semakin mendapat perhatian orang ramai. Melalui media sosial juga, perasaan ingin mencuba timbul berdasarkan betapa menariknya gambar itu dipamerkan, seterusnya menjadi buah mulut orang ramai.

 

2018 menyaksikan banyak makanan yang tular (viral) dan berikut adalah 10 makanan paling viral sepanjang tahun ini.

 

10. Pearl Pizza

Anda semua biasa minum pearl tea, kan? Bebola ‘pearl’ yang diperbuat daripada ubi ini merupakan sebahagian dari minuman yang popular dari Taiwan sejak 1980an lagi. Rasanya yang manis disamping kekenyalannya seperti gula-gula getah menjadikan minuman yang disukai ramai orang.

Namun, di Singapura tahun ini, tular apabila sebuah restoran di Orchard Road membuat piza daripada bebola ‘pearl’ ini, dan ia bukan saja tular di Singapura, tetapi di beberapa buah negara di Asia seperti Taiwan, Hong Kong dan Malaysia.

Piza mungkin enak jika dimakan bersama pepperoni dan puri tomato, tapi kalau bebola ‘pearl’, rasa apa pula ni? Mesti pelik.

 

9. Rainbow Grilled Cheese Toast

Teruja dengan warna-warna pelangi yang ada pada gambar grilled cheese ini, saya mula mencari video di Youtube tentang bagaimana rainbow grilled cheese ini disediakan.

Rupanya keju mozzarella yang diletakkan pewarna, dan disusun mengikut warna pelangi. Rasanya tetap grilled cheese yang biasa, tetapi warna-warnanya yang menarik menjadikan ia tular. Menarik!

 

8. Dream Colour

Image result for dream color drink

 

Dengan cogan kata “The Most Instagrammable Drink”, Dream Color merupakan minuman yang popular di Taiwan, kini berada di Malaysia.

Mempunyai beberapa “series” seperti “Tea Series”, “Fruit Series”, “Butterfly Series” dan “Cloud Series”, minuman-minuman ini secara asasnya ialah campuran antara jus buah-buahan, teh, warna dari bunga-bungaan seperti bunga telang (butterfly pea) dan susu segar, menjadikan ia air minuman pilihan remaja terutamanya di sekitar Subang Jaya.

CANGGIH!

 

7. Rolled Ice Cream

Saya difahamkan bahawa cara untuk membuat rolled ice-cream ini ialah dengan meletakkan bancuhan seperti susu segar, krim, gula dan perisa buah-buahan atau coklat di atas panel besi yang disejukkan sebanyak -20 darjah Celcius, sebelum dikikis menggunakan pengikis untuk membentuk seperti gulungan.

Dengan hiasan seperti buah-buahan seperti strawberi dan manisan seperti rainbow rice, sudah pasti ia menawan hati ramai orang. Sedap!

 

6. Nitrogen Ice Cream

 

Apabila melihat ais krim pertama kali di tapak ekspo pameran pertanian di Seberang Perai, rupanya sungguh membuatkan saya teruja kerana ia seperti eksperimen sains.

Dengan menggunakan nitrogen cecair, suhu dibawah -320 darjah Celcius dengan tekanan yang tinggi, dapat membuat bancuhan seperti susu, krim, gula dan perisa serta pewarna menjadi ais krim dalam masa yang singkat.

Eureka!

 

5. Dirty Bun

Dengan harga antara RM6-RM8, dirty bun dijual di kedai-kedai roti dari hampir seluruh Lembah Kelang. Dengan pastri Danish, coklat cair serta serbuk koko, cukup menawan hati peminat coklat.

Bermula tular dari sebuah kedai kek di Beijing, China – dirty bun juga laris dijual di Hong Kong, Singapura dan Korea Selatan. Namanya ‘dirty bun’ – berasal dari nama asalnya ‘zang bao’ yang bermaksud ‘roti kotor’, kerana apabila memakannya, mulut sudah pasti akan menjadi comot.

Pastikan ada tisu di sebelah sebelum menikmati dirty bun ini.

 

4. Salted Egg Yolk Chips

Selalunya kita kaitkan telur masin dengan beberapa juadah seperti nasi kerabu, kek bulan atau salted egg butter chicken. Tetapi lain pula makanan yang tular dari Singapura ini.

Irvin’s Salted Egg Potato Chips, yang mendapat inspirasi dari kejayaan restoran makanan laut mereka iaitu salted egg crab, menimbulkan sifat ingin tahu dari ramai orang bagaimana rasanya.

Pengalaman saya sendiri, merasakan kerepek kentang perisa kuning telur masin ini menarik dan membuat saya tidak terjangka begitulah rasanya. Lain daripada yang lain.

 

3. Nasi Lemak Burger

Nasi lemak burger adalah makanan viral yang dicetuskan oleh McDonalds Singapura pada tahun lalu, menjadi fenomena di Malaysia.

Ramai yang mengkritik sebelum mencubanya, dan ada yang mencubanya dengan daya ingin tahu. Ada yang menggemarinya, dan ada yang kecewa dengan produk ini.

Apapun, produk McDonalds ini bukan sahaja tular, tapi mencetuskan polarisasi dari kalangan penggemar makanan.

 

2. Lobster Nasi Lemak

Di restoran Mamalee, Damansara Utama – jika anda teringin menikmati makanan Nyonya asli, maka disinilah tempatnya. Tetapi yang menjadi tular kerana nasi lemak dan udang galah yang digoreng, dan diletakkan sos ‘salted egg butter’, menaikkan aroma yang menyelerakan.

Sambal yang dimasak juga menggunakan cili kering yang berkualiti tinggi, serta keharuman bau santan daripada nasi lemak yang ditanak, menjadikan Mamalee sebagai pilihan utama untuk mereka yang menikmati nasi lemak Nyonya di Lembah Kelang.

 

1. Milo Kepal

Minuman yang menjadi kegemaran orang ramai sejak orang India yang datang ke sini membawa budaya makan ais kepal ketika cuaca panas, menjadikan ais kepal sebagai tradisi orang di negara ini.

Tetapi apabila menggabungkan dengan minuman koko nombor satu di Malaysia, ia menarik ramai perhatian, terutamanya penggemar Milo yang suka menikmati minuman kegemaran mereka dengan pelbagai cara.

Jika anda peminat Milo, anda wajib cuba ini!

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

POLL: What Are Your Favourite Spices?

KFC, McDonald’s bakal disiasat oleh KPDNKK