in

KFC, McDonald’s bakal disiasat oleh KPDNKK

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan menyiasat dua francais makanan segera terbesar di negara ini, Kentucky Fried Chicken (KFC) dan McDonald’s kerana menaikkan harga makanan mereka menjelang 1 Januari ini.

 

from the themalaysiantimes

 

Menurut timbalan pengarah penguatkuasaan KPDNKK, Datuk Iskandar Halim Sulaiman, jabatannya telah membuat penyiasatan terhadap KFC pada 27 Disember yang lalu.

 

“Kami telah menyiasat KFC pagi tadi (27 Disember), dan pihak kami telah mengumpul segala maklumat tentang berapakah peningkatan harganya,” katanya yang dipetik dari portal berita, TheMalayMail.com.

 

Menurut Datuk Iskandar lagi, pihaknya turut melawat McDonald’s serta melihat sendiri dari cawangan-cawangan restoran yang terlibat.

from thestar.com.my

Kenaikan harga ini dikaitkan dengan cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang diperkenalkan semula oleh kerajaan Pakatan Harapan pada September yang lalu, sebagai menggantikan cukai Barangan dan Perkhidmatan yang dilaksanakan oleh kerajaan yang terdahulu.

 

Rata-rata pengguna tidak berpuas hati dengan kenaikan harga ini, dan melihat dua syarikat francais ini sebagai cuba mengambil kesempatan ke atas pengenalan semula cukai SST.

 

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebelum ini berkata bahawa harga sebanyak 75 peratus daripada kedai dan restoran di bawah sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) tidak akan dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) selepas nilai ambang SST dinaikkan kepada RM1.5 Juta daripada RM500,000 di bawah GST.

 

Beliau berkata, perkara berkenaan terbukti dengan hanya terdapat 4,372 restoran yang mendaftarkan perniagaan mereka di bawah SST berbanding 17,574 restoran yang berdaftar di bawah GST sebelum ini.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

10 Makanan Viral di Malaysia 2018

10 Promosi Paling Berbaloi 2018