in

10 Makanan Berkeju Yang Hot Pada Tahun 2019

Kegilaan rakyat Malaysia terhadap keju sudah tidak mampu dihalang lagi! Nombor 4 bakal mengejutkan anda.

 

oleh Nami

Keju sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Makanan berkeju ini seringkali dimakan pada waktu petang, atau mungkin sarapan. Ada yang sampai yang sukar untuk masuk dek akal, tetapi daya kreativiti dalam makanan sudah ke tahap yang di luar kotak pemikiran kita. Bagi yang konservatif dalam bab makanan, mungkin ia agak janggal atau terasa mahu marah, tetapi bagi yang suka mencuba, jadi ini 10 makanan berkeju paling popular di Malaysia pada tahun 2018.

 

  1. MURTABAK CHEESE

 

Selalunya murtabak dimakan dengan inti daging atau ayam cincang, dan dicicah samada bersama kari atau bawang jeruk, tetapi sementara ia masih berinti daging atau ayam cincang, tetapi plot twistnya ialah diletakkan bersama keju cheddar.

 

Mungkin orang ada rasa ia agak melampau, tapi daging kan boleh kena dengan keju cheddar?

 

BOLEH DIDAPATI DI: Murtabak Majid Special Cheese No. 1

No. 38, Lot 5581, Jalan Kurniawan, Kampung Kurnia, 80250 Johor Bahru, Johor

 

  1. APAM BALIK CHEESE

Apam balik selalunya berintikan kacang, jagung, dan sedikit gula dan dinikmati pada waktu petang. Tetapi di Apam Balik Nusantara, yang terletak di Jalan Hamzah, Kampung Baru Kuala Lumpur, apam baliknya ada pilihan yang menarik iaitu berintikan keju. Menurut seorang pelanggan tetap yang mengunjungi Apam Balik Nusantara, dia sukakan rasa “apam balik cheese” kerana rasa lemak-lemak manis yang menjadi citarasanya.

 

BOLEH DIDAPATI DI: Apam Balik Nusantara

No 14, Jalan Hamzah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

 

  1. KARIPAP CHEESE CARBONARA

Bermula dengan hanya cuba-cuba, seorang surirumah pada mulanya memasak spaghetti carbonara mushroom dan setelah masak, mempunyai kuah yang lebih. Dia rasa sayang dengan lebihan sos carbonara itu, kemudian dia mula mencetus idea untuk menjadikan inti karipap, serta meletakkan keju cheddar di dalam karipap tersebut. Selepas dia pos gambar karipap tersebut ke Instagram, ternyata ia tular dan mula disambut oleh ramai orang untuk membuat resipi ini. Melalui produknya, Karipap Ngosek – dia kini mendapat banyak tempahan daripada orang ramai.

 

BOLEH DIDAPATI DI IG: @tania_rosse

 

  1. ROTI JOHN MOZZARELLA CHEESE

Roti john berasal dari Melaka pada tahun 1970an, tetapi bukan kita nak cerita pasal sejarah roti john. Kita nak bercerita tentang sebuah gerai roti john di Seksyen 19, Shah Alam yang popular dengan pelbagai jenis roti john. Salah satu menu yang popular ialah roti john mozzarella cheese, menu yang menjadi kebanggaan gerai Roti John Cheese Sekilo. Terletak di belakang Klinik Kesihatan 1Malaysia Seksyen 19, rasanya elok juga lepas kita ke klinik, kita singgah ke gerai ini untuk menikmati makanan ini. ;p

 

BOLEH DIDAPATI DI: Tapak Penjaja Seksyen 19, Jalan Nelayan 19/B, Seksyen 19, 40300 Shah Alam

 

  1. CEKODOK CHEESE

Sebuah lagi resipi yang muncul dari Instagram, keju cheddar yang digaulkan bersama tepung menjadikan makanan petang ini nampak menarik bila dimakan sambil minum teh.

 

BOLEH DIDAPATI DI IG: @cekodokcheesebp

 

  1.  JAGUNG CORN IN THE CUP CHEESE

Tular di laman sosial Facebook selepas popular di tempat asalnya iaitu di Mexico, jagung yang direbus dan digaul bersama mentega dan susu pekat ini diletakkan keju parut di atasnya.

 

BOLEH DIDAPATI DI FB: https://www.facebook.com/jagungcheeseaunis/

 

  1. NASI LEMAK CHEESE

Seorang peminat keju tular  apabila dia mengepos gambar nasi lemak yang diletakkan keju cheddar yang cair di Twitter, mencetuskan pelbagai pandangan dan tidak kurang juga yang mencemuhnya. Tetapi, dalam masa sama, ia memberi inspirasi kepada mereka yang mempunyai citarasa eksentrik untuk mencubanya.

 

Setakat ini, produk ini belum lagi di pasaran. Kemungkinan besar, 2019 akan menyambut kehadirannya dengan tangan terbuka.

 

  1. CREAM CHEESE TEA

Tular di Guangzhou, China pada mulanya, ia mula mencetus minat oleh ramai di Malaysia terutamanya peminat keju. Teh kekwa yang diletakkan krim keju Australia di bahagian atas, ia kini boleh didapati di Chizu Drink di Sunway Pyramid, Reguistea di Sunway Giza, dan Royaltea di SS15 Subang Jaya.

 

BOLEH DIDAPATI DI: Chizu Drink, Sunway Pyramid

 

  1. SATAY CHEESE

Bandar Kajang mungkin popular sebagai bandar satay, namun Bayan Lepas adalah pencetus fenomena satay cheese dari kalangan peminat-peminat satay. Warung Wakman menjual satay cheese dengan lima batang berharga RM7.00 untuk satu set.

 

BOLEH DIDAPATI DI: Warung Wak Man, No 34 Kompleks Medan Suri Sungai Nibong Besar, Jalan Sultan Azlan Shah, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.

 

  1. KEROPOK LEKOR CHEESE

Seorang pengusaha keropok lekor dari Kuala Nerus, Terengganu, Mohd Pozi Hassan telah mengusahakan keropok lekor cheese di kawasannya, dan menjadi tular dan menjadi kunjungan orang ramai. Ada yang sehingga dari Kuantan turut datang mencari keropok lekor tersebut. Keropok lekor itu ada dua bentuk iaitu yang berbentuk panjang dan berbentuk bebola yang dipanggil “Cheesy Lekor Ball”, kini mula tular dan dijual di hampir seluruh pasar-pasar malam dan downtown-downtown seluruh negara.

BOLEH DIDAPATI DI: Lot 18533, jalan selasih 6, Kampung Kubang Badak, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Here are 10 Best New Restaurants that might shine in 2019

BARRACUDA FILLET DI LANGKAWI?