in

BARRACUDA FILLET DI LANGKAWI?

courtesy of The Sun Daily

         Salah satu destinasi percutian di Malaysia adalah Pulau Langkawi yang terletak di Kedah Darul Aman. Pulau ini selalu dikunjungi oleh pelancong tempatan dan negara asing.

      Banyak aktiviti boleh dilakukan yang sesuai untuk mereka yang melancong dengan keluarga dan juga kumpulan kawan-kawan yang inginkan waktu istirahat daripada pekerjaan masing-masing.

courtesy of booking.com

        Salah satu aktiviti yang digemari adalah Island Hopping, di mana pelancong akan dibawa ke beberapa pulau kecil berdekatan, untuk bermandi-manda di sebuah tasik air masin, melihat burung helang dan menyelam di laut yang penuh dengan batu karang.

courtesy of Langkawi Packages

       Bukan itu saja, lawatan ke Taman Marin Pulau Payar sememangnya adalah peluang yang tidak boleh dilepaskan. Pelancong akan dibawa ke sebuah pulau dengan feri, di mana pelancong menghabiskan separuh hari menyelam dan memberi makanan kepada hidupan laut.

       Juga dikenali sebagai Permata Kedah, Pulau Langkawi ada banyak tempat yang menyajikan makanan laut yang sedap. Dah nama pun pulau kan, jadi tak terkejut la. Makanan yang jelas boleh dilihat pada kebanyakkan tempat adalah ikan bakar dan kerang rebus.

courtesy of YouTube

       Namun, ada satu hidangan makanan laut yang hanya boleh didapati di pulau ini, iaitu barracuda fillet. Sebelum nak cerita pasal makanan ni, nak cakap dulu pasal kenapa hidangan ini hanya boleh didapati kat Langkawi.

courtesy of animalsake.com

       Barracuda adalah sejenis ikan pemangsa, yang bermigrasi dari Lautan Pasifik sehingga Lautan India. Oleh itu, ikan ini akan melalui Kepulauan Malaya dan Selat Melaka dalam perjalanan migrasi. Sebab itulah, hanya di Langkawi sahaja ikan barracuda ini boleh dijadikan sajian. Walaupun ikan ini adalah pemangsa, yang biasanya dagingnya keras dan berminyak sehingga mampu menimbulkan rasa jelak, namun ikan barracuda mempunyai daging yang lembut dan fleksibel. Oleh itu, ikan boleh dijadikan sebagai resepi untuk pelbagai jenis hidangan. Tapi ikan barracuda biasanya akan dijadikan fillet atau stik dan sering diasinkan untuk menambahkan rasa.

courtesy of yutatsukatosan

       Di Langkawi, terdapat satu restoran yang terkenal dengan Grilled Barracuda Fillet adalah Sun Cafe yang terletak di Sunmall, Jalan Pantai Tengah. Jadi, kalau ada yang akan ke Langkawi pada cuti sekolah yang akan datang, cuba bawa keluarga atau kawan-kawan untuk cuba makanan laut ini yang tidak dapat dirasakan di negeri Malaysia yang lain.

courtesy of Sun Group Langkawi

Alamat: Sunmall, No. 8, Jalan Teluk Baru, Pantai Tengah, Pulau Langkawi, Kedah, 07000

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

10 Makanan Berkeju Yang Hot Pada Tahun 2019

Odeng Topoi: “Rasa Dari Jepun” Dengan Kuah Lebih Pekat, Harga Lebih Murah