in ,

Odeng Topoi: “Rasa Dari Jepun” Dengan Kuah Lebih Pekat, Harga Lebih Murah

Rasa kuahnya yang pedas seperti asam pedas dan tomyam memikat selera rakyat Malaysia.

Gambar: Odeng Topoi FB

by Nami

Fenomena ‘oden’ sudah semakin popular sejak kedai serbaneka dari Jepun, Family Mart mula berada di Malaysia.

‘Oden’ berasal dari makanan jalanan di Jepun dan di izakaya (bar Jepun), mempunyai pelbagai gaya pembuatannya. Di Nagoya, kuah oden menggunakan kuah kicap dan dipanggil sebagai Kanto-ni, sementara di Shizouka pula, bebola ikan dan makanan bercucuk selalunya direbus, kemudian dipanggang sebelum diletakkan bersama air rebusan daging lembu.

Oden bukan sahaja popular di Jepun, tetapi di beberapa negara lain di Asia seperti di Korea, China, Taiwan dan juga di negara kita.

Di Korea, ia dipanggil ‘odeng’, dan selalunya rasanya lebih pedas kerana menggunakan cili gochujang, sementara di China ia dipanggil haodun, dan di Taiwan ia dipanggil ‘oh-lian’, dengan mempunyai pelbagai menu lain seperti udang tempura dan puding darah lembu.

Di Malaysia, ia mula mendapat perhatian dan minat dari orang ramai kerana rasanya yang seperti gabungan asam pedas dan tomyam, yang sesuai dengan selera ramai orang di negara ini.

Peminat makanan steamboat tidak melepaskan peluang untuk menikmati oden yang selama ini hanya boleh dinikmati di Jepun sahaja.

Orang ramai beratur panjang untuk menikmati bebola ikan, mi udon, kek ikan dan pelbagai jenis lagi makanan yang dicucuk dengan kayu, sebelum dicelup di dalam kuah yang pedas.

Rasanya yang pedas sesuai dengan selera rakyat Malaysia, menyebabkan makanan ini tular di media sosial terutamanya Instagram.

Populariti ‘oden’ ini membuatkan Nor Tiara Aftikha Mohd Said, 27 – memulakan perniagaan ‘oden’ di gerainya, Odeng Topoi yang terletak di PJCC Taman Medan, Petaling Jaya.

Odeng Topoi boleh memilih lebih 23 jenis bebola ayam, daging dan makanan laut.

Antara yang menjadi kegilaan ialah lobster ball, salmon roll, veggie fish roll, fish dumpling, crab chunks dan roasted chicken ball.

Selain itu, pengunjung juga boleh memilih sama ada mahu menikmati oden bersama Udon atau Shabu mee.

Harganya bermula dari RM1.20 secucuk, bergantung kepada jenis makanan yang diambil.

Memakan oden yang panas dan pedas ini menyebabkan anda boleh mandi peluh apabila memakan ‘oden’ di Odeng Topoi ini.

Jika anda mahu merasa ‘oden’ di sini, anda disarankan datang dengan lebih awal untuk mendapat kerusi dan meja yang terhad.

Odeng Topoi dibuka setiap hari kecuali Ahad dari 8:45 malam sehingga jam 12:00 tengah malam.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.facebook.com/odengtopoi

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

BARRACUDA FILLET DI LANGKAWI?

Eat and Repeat: Nikmati Pelbagai Jenis Makanan Dengan RM1.90 Semangkuk!