in ,

Eat and Repeat: Nikmati Pelbagai Jenis Makanan Dengan RM1.90 Semangkuk!

Nasi lemak, nasi goreng cina, mee sup, mee kari, brownies dan aiskrim, sagu gula melaka menarik perhatian pelajar universiti berhampiran.

Pernah tak anda ingin makan pelbagai jenis makanan tapi takut tak habis bila dah pesan makanan nanti?
Di Eat and Repeat, anda boleh memesan pelbagai jenis makanan dengan kuantiti kecil tetapi dengan harga RM1.90 semangkuk.
Bertempat di Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam, Eat and Repeat menampilkan alternatif baru terutamanya kepada pelajar-pelajar dua universiti yang berhampiran iaitu Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Shah Alam dan Universiti Selangor (UNISEL).
Terdapat beberapa menu seperti nasi lemak, nasi goreng cina, nasi putih ayam cincang, mee kari, mee bandung, mee sup, soto ayam, serta pencuci mulut seperti pulut mangga, sagu gula melaka dan brownies berserta aiskrim, dengan harga RM1.90 semangkuk.
Eat and Repeat menjadi tumpuan ramai pengunjung terutamanya bagi mereka yang mahu mencuba pelbagai jenis makanan dalam satu masa.
Selain di Shah Alam, Eat and Repeat juga mempunyai cawangan di Bangi, Kuala Selangor, Senawang, Melaka, Kuala Terengganu dan Johor Bahru.
Untuk pengetahuan lanjut boleh layari laman web Facebook mereka di:
https://www.facebook.com/eatxrepeat/

 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Odeng Topoi: “Rasa Dari Jepun” Dengan Kuah Lebih Pekat, Harga Lebih Murah

Dari Mana Asalnya Cili?