in ,

BIAR BETUL: RM67,000 Seminit? Dato’ Siti Memang Pandai Berniaga!

Penyanyi nombor satu negara itu menjual peralatan memasak Vantage di Astro GoShop.

Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza mencipta rekod baru apabila berjaya menjual peralatan memasak jenama Vantage di platform jual beli digital, GoShop yang bersiaran di Astro.

Dalam masa dua jam sahaja, beliau berjaya menjual produk memasak set Istimewa Vantage yang bernilai RM369 setiap satu set, dengan nilai RM8 juta untuk 22,000 unit yang terjual.

Dato’ Seri Siti NurhalizaΒ sebelum ini telah menandatangani kontrak sebagai duta produk periuk tahan lekat tersebut, serta pengguna setia jenama tersebut.

Beliau berkata, kualitinya yang tahan lasak serta kualitinya yang telah diuji menyebabkan beliau tertarik dengan produk tersebut.

Menurut laporan The Star, Astro Go Shop telah menyumbang sebanyak RM260 juta dalam tahun fiskal 2017, kepada RM1.9 billion menjelang tahun fiskal 2022.

Pendapatan Astro pada tahun 2017 ialah sebanyak RM5.6 billion dan dijangka meningkat kepada RM8.8 billion menjelang tahun 2022.

Adakah masa depan televisyen bergantung kepada penjualan produk di televisyen kerana kurangnya mendapat pendapatan menerusi iklan?

Sejarah penjualan produk di televisyen bermula sekitar tahun 1990an apabila TV3 menyiarkan SmartShop.

TV3 kini mempunyai rangkaian penjualan produk di televisyen iaitu CJWow Shop, yang mencapai satu juta pembeli produk dengan pendapatan sebanyak RM200 juta untuk anak syarikat Media Prima itu.

Read more

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

JAIS serbu restoran dengan sijil halal palsu di Shah Alam

Sedap Sangat Ke KFC Truffle Crunch Ni? Ini Reaksi Orang Ramai