in

JAIS serbu restoran dengan sijil halal palsu di Shah Alam

Pihak JAIS mendapati bahan-bahan mentah seperti daging diperoleh dari pembekal tanpa sijil halal.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menyerbu sebuah restoran yang terletak di Seksyen 25 , Shah Alam kerana memiliki sijil halal palsu.

Serbuan itu mendapati bahawa bahan-bahan mentah untuk masakan seperti daging kambing, daging lembu dan ayam juga diperoleh dari pembekal yang tidak mempunyai sijil halal.

Pada Ahad lalu, serbuan itu dilakukan dengan kerjasama pegawai-pegawai dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK).

Pihak berkuasa bertindak selepas aduan dari media sosial yang meragui status halal restoran tersebut.

JAIS dapati bahawa pemilik restoran tersebut merupakan seorang yang beragama Hindu, bersama rakan perniagaannya yang beragama Islam.

Menurut timbalan pengarah penguatkuasan dan operasi JAIS, Salwana Ahmad Dahlan, pihaknya mendapati bahawa pekerja restoran juga hampir semuanya bukan beragama Islam.

Bagaimanapun itu bukanlah kriteria utama untuk mendapatkan pengesahan dan logo halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

JAIS, menurut Salwana lagi, akan mendakwa pemilik restoran tersebut menurut Seksyen 10 (A), Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana “menghina kesucian agama Islam”.

“Pihak JAIS meminta pihak pemilik restoran agar hadir ke pejabat JAIS bagi membantu siasatan,” kata Salwana lagi selepas serbuan tersebut.

Gambar: NSTP
Sumber berita: NSTP

Read more

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Dari Mana Asalnya Cili?

BIAR BETUL: RM67,000 Seminit? Dato’ Siti Memang Pandai Berniaga!