in

Sedap Sangat Ke KFC Truffle Crunch Ni? Ini Reaksi Orang Ramai

Harga satu gram truffle di antara $95-$180 (RM390-RM740), merupakan cendawan termahal di dunia.

Kentucky Fried Chicken (KFC) baru-baru ini melancarkan menu terbarunya, Truffle Crunch. Dengan sos truffle dan hirisan keju Parmesan, harga set ini ialah RM15.00.

Atas dasar ingin tahu, orang ramai ke restoran KFC untuk merasai sendiri apa rasanya cendawan paling mahal di dunia ini.

Truffle merupakan cendawan jenis ascomycota yang merupakan dalam keluarga spesis cendawan jenis Tuberaceae, tumbuh di dalam tanah hutan pokok pain di sekitar Eropah, yang dikatakan oleh pakar gourmet Perancis, Jean Anthelme Brillat-Savarin sebagai “berlian dalam masakan”.

Harga untuk satu gram truffle ialah sekitar $95-$180 (RM390-RM740), dan merupakan cendawan yang termahal di dunia.

Pelbagai reaksi dari orang ramai menerusi media sosial terhadap produk terbaru KFC ini.

Ada yang teruja untuk mencuba Truffle Crunch.

Ada juga yang menyesal selepas mencubanya.

Ada juga yang meragui truffle itu bukanlah truffle yang sebenar, kerana faktor harganya yang mahal dan mustahil untuk KFC meletakkan truffle di dalamnya.

Ada yang mengatakan KFC Truffle Crunch sebagai ‘menu paling teruk’.

Jadi, sudahkah anda mencuba KFC Truffle Crunch ni? Apa pandangan anda? Komen serta share link ini kepada kawan-kawan anda terutamanya yang nak mencuba KFC Truffle Crunch.

Read more

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

BIAR BETUL: RM67,000 Seminit? Dato’ Siti Memang Pandai Berniaga!

10 Mixed Grill Terbaik Di Lembah Kelang