in

10 Mixed Grill Terbaik Di Lembah Kelang

Mixed grill merupakan trend untuk penggemar makanan Barat yang mahukan kepelbagaian dalam memakan daging panggang. Ayam, daging dan kambing sering menjadi pilihan orang ramai.

Berikut adalah 10 restoran makanan Barat untuk mixed grill terbaik di Lembah Kelang.

 

10. FOODILICIOUS

 

 

Terletak di Seksyen 7, tempat ini menjadi tumpuan orang ramai terutamanya dari pelajar Universiti Teknologi MARA dan Universiti Selangor (Unisel) untuk merasai makanan Barat. 

9. WANGSA GRILL BY CHEF ZUBIR

Dimiliki oleh chef selebriti terkenal, Chef Zubir, Wangsa Grill menawarkan makanan Barat gaya mewah dengan sentuhan chef hotel bertaraf lima bintang daripada chef terkemuka ini.

8. LAMAN GRILL KAJANG

Terletak di Taman Kajang Putra, Laman Grill memberi pilihan yang baru khususnya kepada penduduk Kajang dan Bangi yang gemarkan makanan Barat.

7. GARDEN WESTERN GRILL

Jika anda mahukan makanan Barat dengan kuantiti yang banyak, maka Garden Western Grill di Taman Universiti, Petaling Jaya. Mixed grill untuk mereka yang berselera besar!

 

6. WILLIAM CORNER PJ

Terletak di Taman Mayang, Petaling Jaya, William Corner membuatkan anda terasa puas untuk memakan mixed grillnya. Ada ribs, grilled lamb dan chicken wings serta potato lyonnais dan salad membuatkan anda kenyang dan puas.

5. MEAT POINT TTDI

Terletak di Taman Tun Dr Ismail, Meat Point menyediakan pelbagai jenis daging bagi memenuhi selera anda.

4. MENATE AMPANG

Pernah viral ketika salah sangka Azwan Ali dengan seorang warganet, Menate kini mempunyai banyak cawangan di sekitar Lembah Kelang. Bagaimanapun, cawangan asal di Ampang masih lagi mendapat tumpuan orang ramai.

3. LOGENHAUS ROAST AND GRILL

Terletak di Taipan USJ, tempat ini sudah bertapak sejak tahun 2002. Merupakan tempat yang sering dikunjungi oleh penduduk sekitar USJ, ia sudah lama bertapak di hati mereka.

 

 

2. MARIA’S STEAK CAFE

Terletak di Damansara Perdana, Maria’s Steak Cafe menawarkan pelbagai jenis daging seperti Wagyu dan Angus Prime yang berkualiti tinggi.

Terdapat juga makanan barat yang lain, serta pencuci mulut yang hebat.

Mereka juga mempunyai cawangan di Bangsar.

  1. CASTELL GASTROBAR

Terletak di Seksyen 16, Petaling Jaya, Castell Gastrobar menawarkan makanan Barat dengan gaya dekorasi kedai yang selesa. Dengan harga premium, suasana yang menarik, memang sesuai untuk menyambut hari ulang tahun atau hari lahir bersama yang tersayang.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sedap Sangat Ke KFC Truffle Crunch Ni? Ini Reaksi Orang Ramai

Tempat Makan Yang Menarik Di Cameron Highlands