in ,

Tempat Makan Yang Menarik Di Cameron Highlands

Cameron Highlands merupakan daerah paling kecil di negeri Pahang, berkeluasan 712 kilometer persegi. Nama daerah ini daripada nama penjelajah British bernama William Cameron yang menjelajah dan mencari spesis flora di kawasan ini pada tahun 1885.

Pilihan raya Cameron Highlands bakal berlangsung pada 26 Januari ini, namun apa yang menarik tentang daerah ini ialah permandangan serta kedudukannya di tanah tinggi Banjaran Titiwangsa, menyebabkan suhu di kawasan ini bercuaca dingin serendah 11 darjah Celcius.

Mari kita tinjau apa tempat makan yang menarik di daerah ini. Mana tahu kalau anda sebagai seorang pekerja parti politik, tak tahu tempat nak makan di mana, bolehlah rujuk di sini.

5. MINUM PETANG DI LADANG BOH, SUNGAI PALAS

Ingin minum teh seperti orang Inggeris? Anda tidak perlu menempah tiket kapal terbang untuk ke England, sebaliknya anda boleh ke Ladang Boh di Sungai Palas, Cameron Highlands untuk merasai cuaca seperti di sana.

Selain teh, mereka menyediakan makanan seperti scone, pastri dan kek untuk minum petang sambil melihat permandangan ladang teh yang indah.

4. MINUM PETANG SAMBIL PETIK STRAWBERI DI KHM STRAWBERRY FARM

KHM Strawberry Farm, yang terletak di Kampung Taman Sedia, dekat Tanah Rata, memberikan satu pengalaman menarik untuk anda.

Selalu kalau nak ada pengalaman petik strawberi ni kena pergi ke luar negara. Tapi di sini pun ada tanam strawberi, sambil minum petang tu bolehlah petik sendiri strawberi untuk dibeli.

3. MAKAN TENGAH HARI DI RESTORAN NOLINA

Terletak berhampiran dengan ladang strawberi Kea di Brinchang, restoran Nolina menyajikan makanan Melayu dan Barat dari jam 7:30 pagi hingga 4:30 petang. Jika anda bernasib baik, kuih Seri Muka Durian yang unik akan disajikan terutamanya pada musim durian.

Makanan yang ada seperti nasi lemak berlauk, nasi campur, roti canai, kambing bakar dan banyak lagi.

2. MAKAN MALAM DI NIK IKAN BAKAR

Ikan bakar ni selalunya sinonim di tempat yang berhampiran dengan laut je kan? Tapi di Cameron Highlands pun ada ikan bakar!

Jika anda penggemar ikan, terdapat pelbagai jenis ikan dan makanan laut yang lain seperti sotong, kerang, dan ketam sedia untuk dibakar dan dimakan bersama lauk-pauk yang lain seperti sotong goreng tepung, kangkung belacan atau kailan ikan masin serta tomyam yang pedas dan buat anda berpeluh biarpun dalam cuaca yang dingin di Cameron Highlands.

1.Β  MAKAN NASI LEMAK SAMBAL STRAWBERI DI 200 SEEDS CAFE

Anda mesti rasa pelik sebab tak pernah terfikir yang strawberi juga boleh dibuat sambal.

Berdekatan dengan Sungai Bertam, Tanah Rata, Cafe 200 Seeds Abang Strawberi ni sebenarnya merupakan ladang strawberi di Cameron Highlands. Tetapi apa yang istimewanya di sini ialah ada nasi lemak sambal strawberi yang merupakan produk hiliran dari ladang ini.

Sambal strawberi ikan masin ini juga boleh juga didapati dalam botol serta terdapat banyak lagi produk seperti jem strawberi dan jus kordial strawberi.

Jika anda penggemar strawberi boleh datang di sini dan petik strawberi, kemudian nikmati nasi lemak sambal strawberi ini.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

10 Mixed Grill Terbaik Di Lembah Kelang

Durian Butter Chicken: Satu Lagi Resipi Timur Bertemu Barat?