in

Nasi Goreng Strawberry Ahmad Maslan Bikin Gempar Media Sosial!

“Kreativiti bukan satu jenayah,” kata Ahli Parlimen Pontian dalam Twitternya.

Sedang berkempen untuk Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands, ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan sekali lagi menayangkan kehebatannya dalam memasak nasi goreng.

Kali ini ia lebih unik – kerana beliau memasak nasi goreng strawberi.

Pelbagai reaksi dari warganet berkenaan dengan resipi terbaru daripada Ahli Parlimen Pontian itu.

Pun begitu, Datuk Ahmad Maslan mempertahankan resipinya dengan berkata “beliau bukanlah orang yang pertama memasak nasi goreng strawberi.”

Katanya lagi, kreativiti tanpa had, ianya tidak berdosa dan bukannya satu jenayah.

Menurut tinjauan Fork, nasi goreng strawberi berasal dari Indonesia menerusi laman sosial HarianIndo.

Cameron Highlands merupakan kawasan tanah tinggi dan bercuaca dingin, terkenal dengan tempat menanam teh dan strawberi yang sesuai dengan cuaca di kawasan tersebut.

Pilihan raya kecil Cameron Highlands akan berlangsung pada 26 Januari 2019, menyaksikan calon Pakatan Harapan, M Manogran akan berdepan dengan calon Barisan Nasional, Rahim Mohd Noor serta dua calon bebas.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Durian Butter Chicken: Satu Lagi Resipi Timur Bertemu Barat?

Adakah Makanan Di Family Mart HALAL?