in

Adakah Makanan Di Family Mart HALAL?

Family Mart adalah sebuah franchais kiosk 24 jam daripada Jepun, oleh itu, terdapat banyak makanan yang dijual dalam kiosk mereka adalah daripada Jepun. Disebabkan itu, ia telah menimbulkan pertanyaan di kalangan para netizen, “Adakah makanan di Family Mart, HALAL?

                                                           courtesy of Choypengism

 

Sebagai penganut agama Islam, pasti sesuatu seperti halal dan haram merupakan isu yang sangat sensitif kerana, makanan yang kita masukkan ke dalam kita akan menjadi darah daging kita. Justeru, kita perlu bertanya jika makanan yang kita nak beli, adalah bersih dan halal.

 

                                                        courtesy of bigsale.com.my

 

Oleh kerana Family Mart adalah franchais daripada Negara Matahari Terbit, sebagai pembeli yang beragama Islam, kita bakal berasa waspada terhadap makanan yang dipamerkan di dalam kiosk itu.

 

                                                       courtesy of 360 Tour Asia

 

Namun, sebagai konsumer yang beragama Islam, kita perlu periksa dahulu bahan-bahan yang digunakan dalam makanan yang kita mahu beli. Selain itu, kita juga perlu bijak dan menyiasat serta bertanya tentang makanan mereka dan asal-usul makanan tersebut jika kita tidak jelas dengan bahan-bahan tersebut. Bagi yang tidak boleh melepaskan perasaan was-was tu, lebih baik jangan beli terus.

 

                                                                 courtesy of hype.my

 

Walaubagaimana pun, inilah fakta. Bagi keseluruhan kedai franchais Jepun itu, Family Mart tidak mempunyai sijil halal oleh JAKIM. Anda boleh memeriksa sendiri di www.halal.gov.my. Syarikat induk Family Mart tiada dalam senarai halal. Namun sama sekali, banyak tempat seperti warung dan gerai makan yang diuruskan oleh peniaga Islam, juga tidak mempunyai sijil halal daripada JAKIM.

Kenapa?

 

 

 

Bagi mereka yang berada dalam bidang F&B (makanan dan minuman) seperti pemilik atau pengurus restoran sebagai contoh, mereka boleh cerita kat anda semua bagaimana susahnya untuk mendapat sijil halal daripada JAKIM dan betapa rumitnya proses tersebut. Walaupun nama pemilik terang-terang adalah Islam, namun restoran atau warung atau gerai, tidak ada sijil halal. Sebagai konsumer, apa yang akan anda buat?

                                                                     courtesy of maukerja.my

Namun, itu isu tentang anda sebagai konsumer atau pelanggan. Mengenai Family Mart pula, kebanyakkan makanan mereka yang sudah siap dibungkus, mempunyai cop halal kerana tiada bahan-bahan yang disifatkan sebagai haram. Begitu juga dengan air krim dan oden mereka kerana diperbuat daripada susu dan makanan laut.

 

                                                                   courtesy of marieclaire.com.my

Jadi persoalannya masih tertunggak, bagaimana anda sebagai pengguna, konsumer dan pelanggan, akan membuat anggaran tentang restoran atau tempat yang tidak mempunyai sijil halal? Boleh kongsikan pandangan dan buah fikiran anda di bahagian komen. Kita pun berminat dan ingin tahu daripada anda.

Read more

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Nasi Goreng Strawberry Ahmad Maslan Bikin Gempar Media Sosial!

2 Jam Tunggu Ikan Goreng Nabila Huda, Berbaloi Atau Tak?