in

2 Jam Tunggu Ikan Goreng Nabila Huda, Berbaloi Atau Tak?

Ikan gurami dalam bahasa Indonesia bermaksud ikan kaloi. Jadi, berbaloi ke tunggu goreng ikan kaloi 2 jam ni?

Seorang warganet meluahkan rasa kecewanya kerana terpaksa menanti sehingga 2 jam untuk menjamu selera di Waroeng Isabella, di Rasta TTDI.

Warganet yang namanya sebagai Alia (@cikedik) menantikan ikan gurami terbang gorengnya meluahkan rasa kekecewaannya di Twitter kerana walaupun menanti lama, namun rasanya cuma ‘biasa-biasa sahaja’, ‘overrated’ dan ‘hambar’.

Respon cik Alia dibalas oleh pemilik gerai tersebut, Nabila Huda yang merupakan anak kepada penyanyi rock terkemuka, Amy Search.

Nabila membidas cik Alia dengan tweet membandingkan ikan guraminya dengan makanan segera berfrancais.

Nabila juga berkata adakah pelanggan tersebut membayangkan ikan itu ‘terbang’ dan berharap ada orang ‘tolong suapkan’ makanan selepas membayar makanan tersebut.

Respon Nabila Huda terhadap Cik Alia mengundang pelbagai respon dari warganet.

Tak kurang juga yang membuat lawak dengan membandingkan ikan gurami, yang merupakan dalam bahasa Indonesia bermaksud ikan kaloi, dengan cerita rakyat purbawara.

Ada yang mengatakan untuk menunggu ikan goreng selama dua jam itu sama lamanya dengan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Manila.

Bagaimanapun, Nabila Huda memberi penjelasan dengan menyatakan untuk menyediakan seekor ikan gurami goreng memakan masa kerana “sebuah kuali hanya boleh masuk empat ekor ikan”.

Jadi, adakah anda sanggup menunggu 2 jam untuk seekor ikan gurami goreng? Adakah Nabila Huda perlu beli periuk yang lebih besar? Share dan komen di laman sosial anda.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Adakah Makanan Di Family Mart HALAL?

MyNews kalahkan 7 Eleven dalam sektor peruncitan