in

MyNews kalahkan 7 Eleven dalam sektor peruncitan

Harga saham MyNews meningkat sebanyak 147% sejak tersenarai di Bursa Malaysia

Perlumbaan antara dua syarikat peruncitan di negara ini semakin menarik perhatian apabila syarikat Mynews.com, sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1996, dan mula memasuki Bursa Malaysia pada tahun 2016 mula menghampiri rapat 7-Eleven, syarikat yang sudah berada di Malaysia sejak 1984.

Harga saham seunit bagi Mynews pada tahun 2016 ialah sebanyak RM0.57, dan 7-Eleven apabila disenaraikan berada dalam harga RM1.34 sejak 2014.

Pun begitu, pada minggu lalu, Mynews sudah mencapai RM1.39 manakala 7-Eleven pula cuma RM1.45.

Ini bermakna peningkatan 7-Eleven cuma 7 peratus, sementara Mynews meningkat sehingga 147%.

Strategi yang baik oleh Mynews

Strategi Mynews yang meletakkan kedai runcitnya di stesen pengangkutan awam menyebabkan peningkatan dari segi jualan.

Antara faktor-faktor yang menjadikan Mynews lebih berjaya daripada 7-Eleven ialah kerana faktor harga serta posisi kedainya yang berada di stesen-stesen MRT dan LRT di tengah kota.

Kedai runcit yang berada di stesen pengangkutan awam biasanya menerima pengunjung terutamanya daripada mereka yang berulang-alik dari rumah ke pejabat.

Harga barangan lebih tinggi serta saingan dengan syarikat peruncitan lain menyebabkan 7-Eleven hilang daya saing.

Sementara itu, harga barangan yang lebih tinggi serta persaingan dengan kedai runcit francais yang lain seperti Family Mart dan KK Mart juga menjadikan 7-Eleven kurang kompetitif berbanding yang lain.

Read more

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

2 Jam Tunggu Ikan Goreng Nabila Huda, Berbaloi Atau Tak?

This Diet Allows You To Enjoy Your Favourite Food