in ,

5 Restoran Paling Popular Dari Kalangan Pelajar Universiti Di Shah Alam

Shah Alam merupakan sebuah bandaraya yang penuh dengan institusi pengajian tinggi, sama ada awam ataupun swasta. Baik UiTM, MSU, Unisel atau banyak lagi kolej dan universiti di bandaraya ini, Shah Alam menawarkan pelbagai tempat yang menarik untuk para pelajar menikmati pelbagai jenis makanan.

Sebagai seorang pelajar universiti, apa yang penting untuk kita menentukan tempat makan ialah harganya yang murah, sesuai dengan poket kita sebagai seorang pelajar, serta kuantiti yang banyak agar dapat berkongsi dengan kawan-kawan yang lain.

Berikut adalah senarai 5 restoran paling popular di sekitar Shah Alam dari kalangan pelajar.

5. NASI AYAM PENYET PECEL LELE PADANG JAWA

Popular dari kalangan pelajar universiti dengan kuantiti nasi yang banyak serta ayam penyet yang besar, ditambah pula dengan sambalnya yang pedas, ayam penyet di Padang Jawa ini popular dari kalangan pelajar universiti di Shah Alam.

Hanya lima minit menaiki motor dari UiTM, sememangnya ia menjadi tumpuan pelajar untuk makan tengah hari di situ.

4. EAT AND REPEAT, SEKSYEN 7

Terletak di pusat komersial Seksyen 7 berhampiran pintu belakang UiTM Shah Alam, Eat and Repeat menyajikan pelbagai jenis makanan dengan harga RM1.90 semangkuk.

Menggunakan konsep seperti Boat Noodle tetapi menggunakan makanan Malaysia yang popular seperti lontong, nasi lemak, soto dan nasi goreng, Eat and Repeat selalunya penuh dan sukar untuk dapat meja.

3. LORD 13, SEKSYEN 13

Terletak di Persiaran Sukan, Seksyen 13, pelajar-pelajar universiti terutamanya dari MSU menjadi tempat persinggahan untuk mereka makan. Terdapat pelbagai jenis makanan dan gerai ada di Lord 13, termasuklah Cik Mak Pak Hang yang menawarkan nasi lemak bersama meatballs.

2. KEDAI NASI JJ KAK WOK

Terletak di TTDI Jaya, ia sangat berhampiran dengan Seksyen 13. Restoran ini sangat popular dari kalangan pelajar universiti terutamanya yang berasal dari negeri Pantai Timur seperti Kelantan.

Resipi Kak Wok ini juga berasal dari sana, yang merupakan nasi kukus dimakan bersama ayam goreng kunyit serta sambal belacan dengan harga yang murah dan sedap pula dimakan.

1. PAK LI KOPITIAM SEKSYEN 7

Susah untuk dapatkan meja di restoran ini membuktikan bahawa Pak Li Kopitiam di Seksyen 7 merupakan tempat yang paling popular dari kalangan pelajar universiti di Shah Alam. Menunya seperti asam laksa, mi kari dan nasi ayam lemon cukup popular di sini. Dan jika hari PTPTN sudah masuk dalam akaun, maka di sinilah pelajar-pelajar universiti untuk makan sedap bersama kawan-kawan di universiti.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

1,650 Years Old Wine Remains Unopened In Germany, Sparks Debate Among Historians

5 Best Banana Leaf Spots In Batu Caves