in

5 Tapak Food Truck Paling Popular Di Lembah Klang

Sejak filem Chef lakonan Jon Favreau popular pada tahun 2014, trend food truck semakin popular di negara ini, dan tapak food truck bercambah bak cendawan selepas hujan.

Berikut adalah 5 tapak food truck yang paling popular di Lembah Kelang.

5. LA FAMIGLIA FOOD TRUCK, PINGGIRAN ZAABA, TTDI

Berkonsepkan mafia di Itali, La Famiglia adalah food truck yang menjual pasta yang selalu berniaga di SS15 Subang Jaya dan Damansara Heights, namun kini mereka mula bertempat bersebelahan dengan stesen minyak Petronas di Pinggiran Zaaba, TTDI.

Antara menu yang menjadi tumpuan mereka ialah Gambino Olio yang berharga RM6.50, dan “The Boss” – yang berharga RM8.00, dengan meletakkan ayam pedas di atas dengan gabungan sos carbonara dan bolognaisse di atasnya.

Menu yang lain seperti Omega Wedges yang berharga RM5.00 turut dijual di food truck ini.

La Famiglia
Pinggiran Zaaba, Taman Tun Dr Ismail
Tel: 011-3211 1123
Waktu perniagaan: dari 5 petang hingga tengah malam (hari tutup tidak ditetapkan)

 

4. FLEUR DE SEL, TAMAN AMPANG UTAMA

Terletak di Taman Ampang Utama, Fleur De Sel menyediakan tiga jenis menu iaitu “From The Near” seperti char kuey teow dan kuey teow goreng daging dengan harga RM7.00.

“From The Far” pula menu Barat seperti spaghetti olio, carbonara dan bolognaisse, sementara “From The Grill” pula homemade burger.

Alamat: Jalan 5, Taman Ampang Utama, 68000 Ampang, Selangor

Tel: 011-3703 7301

 

3. PUTRAJAYA FOOD TRUCK HOTSPOT, PRESINT 2 PUTRAJAYA

Pusat pentadbiran negara kita juga tidak kurang juga. Terletak di pinggir Tasik Putrajaya, berhampiran dengan Monumen Alaf Baru, mercutanda Putrajaya, di sini ada banyak food truck yang digemari oleh penduduk Putrajaya.

Boleh makan sambil menikmati permandangan tasik yang begitu cantik.

Lokasi: Jalan Tuanku Abdul Rahman, Presint 2, 62000 Putrajaya

 

2. TTDI FOODTRUCK

Terletak di Jalan Tun Mohd Fuad 3, food truck in mempunyai pelbagai pilihan seperti burger, bubur, cheese dogs dan paling mengejutkan, teppanyaki!

Lokasi: 19A, Jalan Tun Mohd Fuad 3, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur 

  1. TAPAK, BUKIT BINTANG

Terletak di tengah ibu kota, Tapak menawarkan pelbagai jenis makanan dan variasi harga untuk warga kota menikmati makanan yang sedap-sedap belaka!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Best Banana Leaf Spots In Batu Caves

Netizen dakwa Fishbowl tindas pekerja, tidak membayar gaji