in

5 Gerai Best Di Rasta TTDI

Rasta TTDI sudah tidak asing lagi dari kalangan penggemar makanan di Kuala Lumpur. Kedudukannya yang strategik serta popularitinya sejak dahulu lagi menambat hati pengunjung sejak ia dibuka awal 2010an lagi.

Kini ia sudah menjadi sebahagian dari “the establishment”, Rasta TTDI menjanjikan kepuasan dari segi para ‘foodie’ di negara ini.

Berikut adalah top 5 gerai yang best di Rasta TTDI.

5. NABILAH RASA-RASA PENANG

Apabila mendengar perkataan Penang sudah pastinya anda akan memikirkan negeri tersebut sebagai syurga makanan. Namun anda tak perlu pergi jauh hingga ke Pulau Pinang, anda hanya perlu ke Rasta TTDI menikmati makanan seperti bihun sup utara, sotong kangkung, kerang bakar, char kuey teow dan pelbagai lagi makanan dari negeri tersebut.

4. AYAM GEPUK PAK GEMBUS

Jika anda mahukan kenikmatan dan kepedasan tahap ekstrem, maka Ayam Gepuk Pak Gembus jawapannya. Cili padi yang ditenyehkan bersama minyak masak dan garam sebelum disapukan ke ayam goreng yang panas-panas digoreng, menambahkan nikmat bersama nasi putih yang hangat. Pastikan anda membawa tisu lebih untuk mengelap mulut dan peluh di muka anda. Gerenti pedas!

3. QOOLA BITEZ

Jika anda menggemari makanan petang yang manis, pisang goreng cheese bersama strawberry cheesecake icecream menanti anda di Qoola Bitez. Rasanya memang sedap sekali!

2. AZIM’S WAFFLE

Penggemar waffle boleh berkunjung ke Azim’s Waffle kerana pelbagai jenis inti waffle seperti jem strawberry, kaya, mentega, Nutella dan peanut butter serta yang paling best, waffle bersama ais krim!

  1. NASI ULAM CIKGU

Penggemar nasi ulam yang sememangnya popular di negeri pantai timur, jangan lupa dapatkan nasi yang enak ini di gerai Nasi Ulam Cikgu.Pelbagai jenis ulam seperti daun kaduk, ulam raja, daun kunyit, daun mengkudu serta pelbagai jenis ulaman yang mempunyai rahsia khasiatnya yang tersendiri mampu membuka selera anda, serta memberikan kesihatan yang baik kepada tubuh badan.

Read more

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Netizen dakwa Fishbowl tindas pekerja, tidak membayar gaji

Medan Selera Minggu Ini: Seksyen 2 Shah Alam