in

Netizen dakwa Fishbowl tindas pekerja, tidak membayar gaji

Seorang netizen hari ini mendakwa sebuah kedai makanan sihat, The Fishbowl Poke Shop menindas majikannya dengan menindas pekerjanya sewenang-wenangnya.

Dalam satu status di Facebook, netizen tersebut mendakwa pengurus di cawangan Sunway bertindak kasar selepas rakannya yang mahu menuntut gaji yang tertunggak, namun tidak mendapat baki gajinya kerana merosakkan kunci mangga.

Menurut netizen itu juga, pengurus kedai tersebut juga berdolak dalih dan berubah-ubah jawapan setiap kali bertanyakan sebab mengapa gajinya dipotong walaupun mangga kuncinya masih belum dibaiki.

Laman Facebook The Fishbowl Poke Shop hari ini diserang oleh netizen yang rata-rata marah dengan insiden tersebut selepas tular semalam.

Setakat ini semasa artikel ini ditulis, pihak The Fishbowl Poke Shop masih belum memberi kenyataan rasmi berkenaan insiden yang berkaitan.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Tapak Food Truck Paling Popular Di Lembah Klang

5 Gerai Best Di Rasta TTDI