in

5 Juadah Yang Gunakan Avocado Yang Menyelerakan

Buah avocado kini popular dari kalangan millennial kerana boleh digunakan dalam pelbagai resipi

Buah avocado, yang berasal dari Mexico, kini semakin popular terutamanya dari kalangan golongan millennials (golongan yang lahir dari tahun 1980-2000). Disebabkan populariti avocado ini, resipi-resipi yang menggunakan buah ini semakin tular dan digemari orang ramai.

Berikut adalah 5 resipi yang menggunakan avocado yang popular.

 

5. KEK COKLAT AVOCADO

Kek coklat yang disapukan dengan puri avocado sangat popular kerana avocado dan coklat adalah kombinasi yang serasi.

 

4. TACO AVOCADO

Disebabkan buah ini berasal dari Mexico, buah ini sering dimakan bersama taco, sambil diletakkan bahan lain seperti tomato, salad, salsa, dan kadang-kadang daging, ayam atau ikan.

 

3. PASTA DENGAN SOS AVOCADO

Pasta avocado yang dimasak bersama sos pesto, ditambah pula dengan keju mozzarella parut diatasnya, menambah selera ketika memakannya.

2. JUS AVOCADO

Jus avocado teramatlah popular kerana nilai nutrien yang tinggi dalam buah tersebut. Jika di gerai-gerai makanan Indonesia, ia juga dikenali sebagai jus alpukat.

 

1.  AVOCADO TOAST

Avocado toast merupakan fenomena dan antara makanan yang paling popular di media sosial. Search saja hashtag #avocadotoast di Instagram dan anda akan terkejut dengan ketularannya. Cara penyediaannya yang versatil serta mudah menyebabkan ia sangat popular dari kalangan millennial.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Medan Selera Minggu Ini: Seksyen 2 Shah Alam

5 Makanan Terbaik Untuk Tangani Masalah Kemurungan