in

Medan Selera Minggu Ini: Seksyen 2 Shah Alam

Medan selera yang telah wujud sejak 1980an itu mengimbau sejarah bekas pelajar UiTM Shah Alam

Jika anda pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, atau sebelum itu Institut Teknologi MARA (ITM), pastinya medan selera ini banyak menggamit memori mereka. Sebelum wujudnya kedai makan di Seksyen 7, yang pada waktu itu cuma ladang kelapa sawit dan perumahan bagi pekerja-pekerja estet, sebelum wujudnya JAKEL, Gulati’s, dan seluruh kawasan komersial Seksyen 7, pelajar-pelajar ini makan atau bertemu kawan-kawan di Seksyen 2.

Gambar medan selera pada sekitar tahun 1990an. Kredit gambar: Saat Omar

Medan selera ini dibina sekitar tahun 1980an ketika Shah Alam baru sahaja dibuka dan menjadi ibu negeri Selangor pada tahun 1978, untuk memenuhi keperluan pelajar-pelajar ITM pada ketika itu.

Medan selera ini pernah direnovasi pada tahun 2004 sebelum ia menjadi rupa yang baru pada tahun 2006. Lokasinya yang berhampiran dengan stesen bas Rapid KL yang menghala ke Kuala Lumpur, menjadikan tempat itu sangat strategik terutamanya kepada pelajar-pelajar.

Antara yang popular di medan selera ini sejak dahulu lagi ialah nasi goreng student, iaitu nasi goreng yang digoreng secara pukal, dicedok ke pinggan, dengan lauk daging masak merah dan telur goreng mata.

Nasi goreng student yang sering menjadi makanan untuk pelajar yang berjimat dengan bajet.

Nasi goreng student ini berada di gerai Din Satay, yang memahami kehendak pelajar-pelajar di kawasan ini yang mahukan makanan yang murah tapi mengenyangkan. Dengan harga RM5 untuk juadah yang sebegini, memang memuaskan hati.

(psst, penulis menikmati nasi goreng student pada harga RM2 semasa menjadi pelajar UiTM pada tahun 2002)

Selain itu juga, antara yang menjadi gerai kegemaran ialah Soto Selangor, yang menyediakan pelbagai jenis soto dan bihun. Dan di sebelah gerai tersebut, terdapat gerai ais kacang berserta aiskrim yang berada di atasnya. Ada dua gerai ais kacang yang popular di sini iaitu Fradoo dan Pegaga Ais Kacang.

Soto Selangor yang menyelerakan.
Ais kacang di gerai Fradoo ABC, antara yang popular di medan selera Seksyen 2.

Medan selera ini secara peribadi mempunyai nilai sejarah daripada mereka yang pernah belajar di UiTM (dan mereka sangat bernostalgia dengan medan selera ini), tetapi jika anda tidak pernah belajar di UiTM Shah Alam, atau tinggal di sekitar Seksyen 2 Shah Alam, medan selera ini memang berbaloi untuk makan, kerana harganya yang murah serta kedudukannya yang strategik dengan bas Rapid KL, anda boleh cuba pelbagai jenis makanan yang sedap-sedap di sini.

Read more

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Gerai Best Di Rasta TTDI

5 Juadah Yang Gunakan Avocado Yang Menyelerakan