in

5 Makanan Terbaik Untuk Tangani Masalah Kemurungan

Menurut WHO, dianggarkan 300 juta orang sedang menghidap kemurungan dan tekanan perasaan

Kemurungan dan tekanan perasaan (depression and anxiety) merupakan masalah kesihatan yang serius melanda dunia ketika ini. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan 300 juta orang sedang berdepan dengan masalah ini.

Antara punca kemurungan dan tekanan perasaan selain faktor luaran seperti stres di tempat kerja, atau kemurungan akibat putus cinta, ia adalah kerana hormon dalam badan seperti hypotyroid, oxytocin, dopamine dan lain-lain tidak berada dalam keadaan seimbang.

Antara langkah-langkah untuk menjaga kesihatan mental ialah dengan memakan makanan yang dapat mengimbangkan hormon dalaman badan serta menjaga kesihatan.

Berikut ialah 5 makanan terbaik untuk tangani masalah kemurungan.

1. AVOCADO: IA MEMBERI ASID OLIK YANG BAIK UNTUK OTAK

Avocado mempunyai asid olik yang mampu memberikan kekuatan kepada otak, serta mempunyai khasiat lain seperti vitamin B (B5, B6 dan B9), vitamin C dan vitamin E12.

Baca juga: 5 Juadah Yang Menggunakan Avocado Yang Menyelerakan

2. BAWANG: SENJATA TUBUH BADAN UNTUK MENENTANG KANSER

Haaaa, ini bukan makcik bawang tu. Bawang ni sebenarnya ada kelebihan untuk menentang kanser serta agen bendasing dalam otak. Bawang memiliki sejenis kimia dipanggil allium yang mampu menumpaskan sel-sel abnormal terutamanya di bahagian otak.

3. CENDAWAN: MAMPU MENGURANGKAN KANDUNGAN GULA DALAM BADAN

Cendawan mempunyai insulin yang boleh mengurangkan kandungan gula dalam badan, seterusnya mengimbangkan mood anda dengan baik. Lagi satu, cendawan juga mempunyai probiotik yang mampu membunuh bakteria di dalam perut. Menurut kajian sains, perut memiliki neuro-transmitter yang bersambung dengan saraf otak untuk mengekalkan kewarasan.

Sekarang baru tahu kenapa bila kita sakit perut rasa macam nak gila.

4. KACANG WALNUT: ADA LEMAK OMEGA-3 YANG MEMBANGKITKAN MOOD

Kacang walnut adalah satu makanan yang baik untuk kesihatan mental, kerana mempunyai banyak khasiatnya untuk otak. Lemak Omega-3 yang baik untuk otak, terutamanya membangkitkan mood positif, seterusnya mengurangkan risiko penyakit mental dan menajamkan ingatan.

5. TOMATO: MEMPUNYAI BANYAK BAHAN UNTUK MENENTANG KEMURUNGAN

Tomato mampu untuk menangani masalah kemurungan kerana memiliki banyak kimia yang mampu mengimbangi hormon dalam badan. Terdapat asid folik, yang mampu mengimbangkan serotonin, dopamine dan norephinephrine yang terdapat dalam otak, seterusnya memberikan kesihatan mental yang baik untuk kita.

Read more

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Juadah Yang Gunakan Avocado Yang Menyelerakan

Kenali Ulam: Daun Pegaga