in

Kenali Ulam: Daun Pegaga

Tahukah anda, selain Asia Tenggara, daun pegaga juga tumbuh liar di beberapa kawasan di India dan Tenggara Amerika Syarikat?

Daun pegaga, atau nama saintifiknya centella asiatica, merupakan tumbuhan yang tumbuh meliar di negara kita, dan dijadikan ulam-ulaman untuk kita menjamu selera.

Tumbuhan ini adalah sejenis tumbuhan herba sukulen, iaitu jenis batang lembut, dan tumbuh di kawasan yang berdekatan dengan air seperti sungai atau kolam, di sekitar kawasan Asia Tenggara, India dan di kawasan Tenggara Amerika Syarikat.

Saiz diameter untuk daun pegaga biasanya sebesar saiz ibu jari, dan sering disalahertikan sebagai lalang dan sering dicantas oleh golongan petani kerana sifatnya yang suka “menakluk kawasan” sehinggakan tanaman lain tidak mendapat nutrien tanah.

Pokok ini juga tumbuh menjalar, dan sering menjadi makanan untuk kambing atau lembu.

Khasiat

Pegaga sering dijadikan ulam-ulaman serta mempunyai banyak kebaikan dari segi kesihatan.

Pegaga memiliki nutrien yang penting seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan vitamin C. Pegaga juga mempunyai khasiat yang penting untuk menangani kanser, merawat asthma, merawat selsema, melancarkan kencing, penawar untuk penyakit batu karang serta bahan semulajadi untuk menguruskan badan.

Pegaga digunakan oleh beberapa masyarakat sebagai makanan dan ubat-ubatan. Bagi masyarakat Melayu, pegaga dijadikan sebagai ulam untuk dimakan, disamping ubat serta suplimen kesihatan. Bagi masyarakat Cina, pegaga direbus sebelum airnya diminum untuk ubat selsema.

Jus pegaga juga diminum, yang sering dicampurkan dengan herba-herba yang lain.

Read more

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Makanan Terbaik Untuk Tangani Masalah Kemurungan

5 Quick & Easy Healthy Breakfast Meals