in

5 Pasar Malam Yang Perlu Dilawati Di Lembah Kelang

Pasar malam merupakan satu budaya yang menyatukan rakyat Malaysia. Tidak mengira kaum atau agama, pasar malam merupakan tempat orang ramai membeli sama ada bahan mentah untuk makanan, makanan yang sudah dimasak, atau barang bukan makanan.

Ada banyak pasar malam yang menarik dan mari kita lihat di mana pasar malam yang kita boleh lawati untuk pengalaman baru.

Berikut adalah 5 pasar malam yang perlu dilawati di Lembah Kelang.

5. PASAR MALAM PANTAI DALAM, BANGSAR

Pasar malam Pantai Dalam berlangsung pada setiap Rabu dan Sabtu, dari jam 5 petang hingga 9 malam. Terdapat banyak kuih-kuih tradisional serta makanan moden dan viral menanti anda di situ.

Paling penting, di sini banyak gerai durian!

4. PASAR MALAM SS2, PETALING JAYA

Pasar malam ini dibuka pada setiap Isnin, dan yang paling popular ialah ‘dumpling’ xiu mai yang dikukus, selain dim sum yang berintikan lobak putih dan bawang, serta cili dan daun bawang, yang dibalut dengan kepingan yang diperbuat daripada tepung beras.

Di sini juga anda boleh menikmati pau pandan dan kaya yang sedap serta pelbagai lagi makanan Cina yang menarik.

3. PASAR MALAM SETIA ALAM, SHAH ALAM

Pasar malam ini merupakan pasar malam terpanjang di Malaysia, menewaskan pasar malam Taman Connaught di Cheras. Dibuka pada setiap Sabtu, dan mempunyai gerai dari pelbagai bangsa. Antara yang menarik ialah Taiwanese egg burger. Bila kita dengar, mungkin kita bayangkan ianya burger benjo, tapi sebenarnya ia tiada roti, sebaliknya telur itu mengapit kepingan daging di tengahnya.

Ada yang menarik seperti Polar Bear Ice Cream, ada aiskrim popiah, dan Kim Tokpoki, sejenis makanan Korea.

2. PASAR MALAM TAMAN MELAWATI, ULU KELANG

Pasar malam ini dibuka pada setiap Sabtu dari jam 5 petang hingga 11 malam, dan popular kerana harganya yang murah disamping pelbagai jenis makanan seperti apam balik, gula kapas dan kuey teow kuali besar, yang biasa kita lihat – tapi dengan harga yang lebih murah!

1. PASAR MALAM TAMAN CONNAUGHT, CHERAS

Walaupun takhta selaku “pasar malam terpanjang di Malaysia” sudah dirampas Setia Alam, namun pasar malam Taman Connaught sudah mencapai level “legend”. Pasar malam ini sudah menjadi institusi dalam penduduk di kawasan Cheras, terutamanya di Taman Connaught, Taman Segar, dan sekitarnya.

Terdapat banyak menu seperti ikan bakar, kuih takoyaki, okonomiyaki iaitu sejenis makanan Jepun, serta makanan dari pelbagai kaum di negara ini.

Read more

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Quick & Easy Healthy Breakfast Meals

5 Trendy Diets of 2019