in

FGV dan Samyang bakal dirikan kilang ramen halal di Malaysia

Pasaran halal dunia dijangka akan mencapai AS$740 billion pada tahun 2025

Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) hari ini memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan syarikat dari Korea Selatan, Samyang Foods Co Ltd untuk mendirikan kilang ramen halal di Malaysia.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif FGV Group, Datuk Haris Fadzillah Hamzah berkata, kolaborasi ini adalah satu strategi daripada FGV dalam usaha untuk mempelbagaikan sumber kewangannya, disamping untuk mencipta peluang pekerjaan serta memasuki pasaran baru.

“Pasaran halal global dijangka akan mencapai AS$740 billion pada tahun 2025, ia merupakan pasaran yang paling pesat membesar pada ketika ini,” kata Haris semasa upacara memeterai perjanjian tersebut.

FGV menambah dengan perjanjian ini, FGV akan mendapat akses untuk memasuki barangan syarikat Samyang yang lain, seperti minyak masak, lemak sayuran dan gula untuk kilang syarikat Korea itu yang berada di Wonju, Korea Selatan.

Tambahnya, anak syarikat FGV, Delima Oil Products Sdn Bhd, yang mengetuai cabang industri hiliran untuk FGV, akan mendapat manfaat dari segi kajian dan pembangunan (R&D) daripada syarikat Samyang dari segi teknologi penghasilan makanan.

“Jenama Samyang kini sudah dikenali dunia, dan kerjasama ini adalah prospek perniagaan yang menarik untuk FGV, dan akan memanfaatkan Malaysia untuk menjadi hab halal global,” kata Haris lagi.

Read more

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Trendy Diets of 2019

Dari mana datangnya kacang pool?