in

Pasaran tempeh dijangka mencecah $AS 6 billion menjelang 2026

Faktor trend vegan yang semakin popular disamping kesedaran terhadap pemanasan global punca peningkatan pasaran

Pasaran tempeh dijangka akan terus meningkat dan akan mencapai $AS6 billion (RM24.65 billion) pada tahun 2026 kerana trend diet vegan yang semakin popular di Amerika Syarikat.

Teksturnya yang seperti daging dan sesuai untuk menggantikan daging itu juga lebih digemari para vegan.

Menurut laman web analisis ekonomi, PR Newswire berkata, pasaran tempeh pada ketika ini berlegar sekitar AS3.6 billion pada tahun 2018.

Tempeh, yang berasal dari Indonesia, merupakan makanan ruji yang popular dari kalangan penduduk Jawa, dihasilkan menggunakan kacang soya.

Peningkatan pengeluaran tempeh ini juga berlaku apabila berlaku lambakan kacang soya dari Amerika Syarikat akibat perang dagang dengan China yang dilancarkan oleh Presidennya, Donald Trump pada tahun lalu.

Dengan permintaan yang tinggi, terutamanya kesedaran tentang pemanasan global, dimana produk daging seperti lembu, kambing dan ayam lebih banyak menghasilkan karbon daripada tanaman seperti soya, di samping faktor kacang soya yang murah, menyebabkan perniagaan tempeh semakin berkembang pesat di Amerika Syarikat.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Dari mana datangnya kacang pool?

Google Rayakan Hari Nasi Lemak Sedunia Di Google Doodle