in

Kenali Jenis-Jenis Limau Mandarin Yang Popular

Memberi limau mandarin adalah tradisi yang popular sepanjang perayaan Tahun Baru Cina

Memberi limau mandarin kepada tetamu sempena perayaan Tahun Baru Cina adalah tradisi yang popular pada sepanjang perayaan Tahun Baru Cina. Selain kepercayaan pemberian limau mandarin akan memberikan rezeki dan peluang perniagaan yang akan menguntungkan, masyarakat Cina memberi limau mandarin pada tetamu sebagai tanda berkongsi kebahagiaan dan ‘ong’ kepada tetamu yang hadir.

Berikut adalah jenis-jenis limau mandarin yang popular, yang sering diberikan kepada tetamu semasa Tahun Baru Cina.

1 PONKAN

Ponkan adalah jenis limau mandarin yang paling popular, iaitu berasal dari Taiwan. Rasanya yang sedikit masam di penghujungnya, dan biasanya besar segenggam tangan orang dewasa. Warna kulitnya yang terang disamping mudah dikupas punca mengapa ia sering menjadi pilihan orang ramai.

2. LUKAN

Lukan lebih kurang seperti ponkan, namun warna kulitnya lebih gelap, isinya juga warnanya lebih gelap kerana rasanya yang lebih manis. Selain itu juga, kulitnya lebih nipis berbanding ponkan.

3. MIKAN

Mikan biasanya bersaiz 5-7 cm, dan rasanya manis dan menyegarkan. Berasal dari Jepun, biasanya limau jenis ini agak mahal kerana permintaan untuk limau mandarin ini amatlah tinggi. Ia juga ditanam di sekitar Pulau Jeju, Korea Selatan.

4. KINNO

Berasal dari Pakistan, kulitnya agak melekat dan sukar dibuka. Apabila masak ranum, rasanya manis yang menyengat, dan kalau makan banyak, ia akan buatkan anda muak. Sesuai untuk dibuat bahan memasak seperti kek, biskut atau membuat pati jus.

5. DEKOPON

Berasal dari Korea, ia adalah kacukan antara mikan dan ponkan, dan dipanggil hallabong di Korea. Mempunyao satu bentuk distintif iaitu mempunyai ‘puting’ di atas. Isinya manis dan jarang ada biji di dalamnya.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Google Rayakan Hari Nasi Lemak Sedunia Di Google Doodle

Top 5 Restoran Cina Muslim Paling Popular