in

Top 5 Restoran Cina Muslim Paling Popular

Restoran Cina Muslim kini semakin mendapat perhatian terutamanya daripada golongan masyarakat pertengahan Muslim yang mahu mencari selera yang lain daripada apa yang sering dimakan.

Isu halal seringkali menjadi penghalang utama orang Muslim yang mahu menikmati makanan Cina. Pun begitu, dengan kemunculan restoran-restoran Cina Muslim ini, pelbagai pilihan makanan dari negara besar ini dapat dinikmati.

Berikut adalah top 5 restoran makanan Cina Muslim paling popular di negara ini.

5. MOHD CHAN

Restoran bercawangan, Mohd Chan menyajikan makanan yang berasal dari Kantonis, iaitu bahagian wilayah Guangdong di China. Dengan menyediakan makanan seperti dim sum, ikan masak masam manis (sweet and sour fish fillet), dan ketam lembut bersama sos telur masin (salted egg sauce soft shell crab), restoran ini menjadi popular dari penggemar makanan dari wilayah ini.

Mesra keluarga dan sesuai jika mahu membawa anak-anak untuk makan ke sini.

4. MI TARIK WARISAN ASLI

Restoran bercawangan yang mempunyai cawangan di hampir seluruh Malaysia, restoran ini popular dengan masakan dari bahagian Uighur, barat China yang bersempadan dengan Kazakhstan. Pengaruh Asia Tengah terutamanya penggunaan kambing dan rempah ratus dari bahagian sana, menjadikan ia menarik untuk sajian bersama keluarga atau kawan di hujung minggu.

Apa yang menariknya ialah teknik pengulian mi yang menjadikan mi tarik Warisan Asli menjadi pilihan ramai orang. Dengan harga yang berpatutan, ia adalah tempat yang sesuai untuk ramai orang yang ingin menikmati masakan dari Uighur.

3. GOLDEN VALLEY, TTDI

Terletak di Jalan Wan Kadir, TTDI – Golden Valley Chinese Muslim Restaurant menawarkan sajian seisi keluarga seperti ayam kungpao, salad sauce prawn, dan siakap stim gaya Nyonya, pasti menambat selera semua.

2. AMBER, BANGSAR SOUTH

Terletak di Bangsar South, Amber menyajikan makanan dari bahagian utara China, terutamanya di kawasan Teluk Bohai seperti Tianjin, Beijing dan Qingdao. Disajikan di restoran gaya mewah, Amber sesuai untuk mereka yang mahu menyambut hari ulangtahun perkahwinan, atau sekali-sekala mahu belanja orang yang tercinta.

1. MY DIM SUM, DANAU KOTA

Jika anda peminat dim sum, anda boleh menikmati dua jenis dim sum – iaitu dim sum dari Shanghai (xiao long bao) atau dari Hong Kong (siu mai). Ada perbezaan ke? Ha, kalau nak tahu perbezaannya, rasalah sendiri perbezaan antara dua bandaraya ni.

Selain tu, ada juga juadah lain seperti chee cheong fun, mee dan nasi goreng untuk anda nikmati.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kenali Jenis-Jenis Limau Mandarin Yang Popular

Kuih Tradisional Menyambut Tahun Baru Cina Yang Harus Anda Tahu