in

Kuih Tradisional Menyambut Tahun Baru Cina Yang Harus Anda Tahu

Sempena perayaan Tahun Baru Cina yang akan tiba tidak lama lagi, mari kita ketahui beberapa jenis kuih tradisional masyarakat Cina ini.

1. KUIH KAPIT

Kuih ini dibuat dengan menggunakan bahan seperti tepung beras, telur, minyak masak dan gula, sebelum bancuhan bahan-bahan tersebut dituang ke piring besi panas sebelum dilipat atau digulung.

Kuih ini sebenarnya datang dari masyarakat Cina Indonesia yang sukakan waffle yang dipelajari dari penjajah Belanda, namun diubahsuai mengikut citarasa mereka yang mahukan kerangupan. Selain nama kuih kapit, ada beberapa nama lain juga seperti kuih semprong, kuih sepit dan kue Belanda jika di Indonesia.

2. TART NANAS

Juga ciptaan resipi Cina Indonesia, tart nanas ini popular apabila berlaku lambakan dari penanaman nanas di Jawa, Indonesia, dan kerajaan Belanda ketika itu mengeluarkan jem nanas, dan dijadikan tart oleh masyarakat Cina di sana.

Bagi masyarakat Cina Hokkien, nanas dipanggil ‘ong lai’ yang bermaksud kemakmuran dan membawa nasib yang baik.

Oleh itu, masyarakat Cina percaya jika menghidangkan tart nanas kepada tetamu boleh membawa kemakmuran dan tuah kepada seisi keluarga.

3. KUIH BAKUL

Kuih tradisi ini diperbuat dari diperbuat daripada tepung beras manis, susu, gula dan pes kacang merah. Cara membuatnya ialah dengan cara kukus bahan-bahan tersebut dengan menggunakan pengukus buluh.

Kuih ini dipanggil nian gao dalam bahasa Mandarin bermaksud “kuih melekit”, dan bunyinya dekat dalam bahasa Mandarin “tahun yang mewah”, kuih ini dikatakan merupakan hidangan dari Zhao Jun iaitu Tuhan Dapur dalam kepercayaan Taoisme.

4. KUIH ROS

Kuih ros atau kuih loyang ini merupakan kuih yang bukan sahaja popular dari kalangan masyarakat Cina, tetapi masyarakat lain juga.

Pun begitu, kuih ini merupakan kuih tradisional yang berasal dari India, khususnya selatan India (Tamil Nadu dan Kerala), di mana kuih ini dikenali sebagai ‘Achu Murukku’ atau ‘Achappam’.

5. KUIH KACANG

Kuih ini rasanya manis disamping masin dan merupakan kegemaran ramai orang ketika menyambut tahun baru Cina.

Kacang tanah dikatakan simbol panjang umur manakala biskut melambangkan keinginan untuk mempunyai anak yang ramai.

Read more

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Top 5 Restoran Cina Muslim Paling Popular

5 Places To Go For Your CNY Reunion Dinner Tonight