in

Kenali Ulam: Daun Kesum

Daun kesum juga sesuai untuk digunakan untuk memasak asam pedas

Daun kesum adalah sejenis tumbuhan herba dari keluarga Polygonaceae yang terdapat di Malaysia dan negara yang beriklim tropika. Tumbuhan ini dipercayai berasal dari Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand, dan Vietnam.

Tumbuhan ini tumbuh liar di kawasan tanah lembab dan berair seperti di tepi kolam, tepi parit dan juga di kawasan kebun keliling rumah kampung.

Daun kesum merupakan bahagian yang paling banyak digunakan terutamanya dalam masakan. Ia akan menghasilkan rasa masam lemak dan aroma yang cukup menyelerakan setelah dicampurkan dalam masakan.

Pokok Kesum merupakan sejenis tumbuhan renek yang menjalar di atas tanah atau memanjat pokok yang lain sebagai sokongan.

Ketinggian pokok kesum mampu mencapai sehingga 1 meter di kawasan tanah rendah tetapi di kawasan tanah tinggi seperti di Cameron Highland, ia mampu tumbuh sehingga setinggi 1.5 meter.

Daun kesum sering digunakan dalam masakan Melayu, Cina dan Nyonya terutamanya masakan seperti asam pedas, asam laksa, dan kari nyonya. Keharuman meningkatkan aroma dan melazatkan lagi makanan. Ia juga boleh dimakan secara mentah seperti ulam-ulaman, serta boleh juga dimakan dalam keadaan kering.

Daun kesum juga mudah ditanam dan mudah dijaga, menjadikan ia antara tumbuhan yang boleh digunakan secara versatil.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Char Kuey Teow Cheese Tular Di Media Sosial Cetus Pelbagai Reaksi

Jenis Coklat Yang Sesuai Untuk Kekasih Anda Berdasarkan Personalitinya