in

Jenis Coklat Yang Sesuai Untuk Kekasih Anda Berdasarkan Personalitinya

Hari Kekasih semakin hampir, dan biasanya apa hadiah yang paling mudah dan senang diberikan pada si dia pada hari istimewa ini?

Coklat! Tapi coklat ada pelbagai jenis, jadi jenis yang bagaimana yang sesuai dengan si dia, berdasarkan personalitinya?

Ini adalah coklat-coklat yang sesuai berdasarkan peribadinya.

1. COKLAT SUSU

Kekasih anda merupakan seorang yang fleksibel dan boleh dibawa berbincang. Anda tak serabut kerana si dia merupakan seorang yang go-with-the-flow. Dia juga bijak mengikut keadaan dan selalu tidak cerewet dalam kehidupan.

2. DARK CHOCOLATE

Kekasih anda merupakan seorang yang opinionated dan selalu mempunyai pandangan yang kritikal dari segi politik, ekonomi, hal ehwal semasa, atau citarasa muzik. Jadi kalau anda ada kekasih yang gemarkan dark chocolate, elakkan mendengar lagu carta Top 40 dan mula mencari lagu-lagu yang ‘rare’, sekurang-kurangnya depan dia lah.

3. WHITE CHOCOLATE

Kekasih anda merupakan seorang introvert dan tidak selesakan dengan crowd yang ramai. Biasanya dia hanya mahu bersama anda sahaja. Bukan seorang party-goer, dan seorang yang sukakan hubungan yang intim. Biasanya seorang yang kreatif dan seorang yang pendiam.

4. MINT CHOCOLATE

Seorang yang sensitif dan penyayang. Pun begitu, si dia merupakan seorang yang mengejar kepada cita-cita di samping mampu mengimbangkan kerja dan kehidupan peribadi. Tapi dalam dia serius dalam kerjaya, kadangkala ada nakalnya juga. 😉

5. CARAMEL FILLED CHOCOLATE

Kekasih anda seorang yang ceria dan periang. Seorang yang energetik disamping bila anda murung, dia akan cuba ceriakan anda dengan lawak. Juga mempunyai keyakinan yang tinggi dan seorang yang berani. Jangan cabar dia benda bukan-bukan, dia seorang yang pantang dicabar!

6. COKLAT BERKACANG

Seorang yang old-fashioned, suka gaya lama dan suka bernostalgia. Suka menonton filem lama dan mendengar muzik lagu lama. Suka ke tempat seperti muzium atau tempat menjual barang-barang antik. Jenis yang suka berterus-terang tanpa segan silu, serta jujur dalam segala perkara, tanpa disorok.

7. COKLAT DAN BUAH-BUAHAN

Seorang yang terbuka dan tidak suka berahsia, seperti juga si gadis coklat berkacang. Cuma si dia ini mampu mengekspresi perasaannya tanpa tersekat. Seorang yang sukakan puisi dan kata-kata yang manis.

8. COKLAT DAN MENTEGA KACANG

Seorang kekasih yang garang! Tapi penyayang. Seorang yang suka cakap lepas, tapi mudah memaafkan. Seorang yang akan pertahankan anda bila anda diserang, tapi dia akan lawan balik jika anda menyerangnya. Seorang yang protective tapi caring. Sejenis yang selamba dan menggigit!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kenali Ulam: Daun Kesum

Nak Bersama Dengan Tersayang Di Hari Kekasih Ini? Fluffed Cafe Tempat Terbaik!