in

Kenapa Ramai Orang Di Malaysia Gemarkan Keju?

Baru-baru ini, heboh dengan tweet viral tentang sebuah gerai di Cyberjaya yang membuat resipi char kuey teow cheese, mengundang reaksi pelbagai orang. Sementara ramai yang ingin mencuba, ramai juga mengkritik kerana kini semua benda mahu diletak keju.

Namakan sahaja apa menunya – pisang goreng, cakoi, cekodok, keropok lekor – sehinggakan teh juga mahu diletak keju.

Jadi dari mana datangnya obsesi ramai orang terhadap keju ini.

Sejarah keju

Pembuatan keju pada kurun ke-14, didokumenkan oleh Ibnu Butlan, seorang pakar kesihatan dan diet di Baghdad.

Keju mula dihasilkan di Timur Tengah, terutamanya di tamadun Mesir pada 7,200 tahun yang lalu. Ketika itu apabila lembu tenusu mempunyai lebihan susu yang banyak, dan petani ketika itu melihat adalah satu pembaziran melihat susu ini dibuang daripada dibiarkan basi, dengan suatu hari pengembaraan membawa susu menggunakan kantung perut unta (yang mempunyai bahan kimia bernama rennet) menukarkan susu menjadi ketulan-ketulan yang boleh dimakan bersama roti.

Sejak itu keju menjadi makanan ruji di kawasan Mesir, Jordan dan sekitar Mediterranean, termasuk Greek, Rom, dan kemudiannya hingga ke Parsi.

Pada zaman Pax Romana (zaman kegemilangan Rom), empayar ini bertanggungjawab menyebarkan budaya makan keju ini di seluruh Eropah. Dan selepas melalui zaman gelap, teknik pembuatan keju masih tidak berubah walaupun mereka sudahpun mula berdagang ke Timur Jauh seperti China melalui Jalan Sutera.

Kapal Flor de la Mar, kapal dagang Portugis yang tiba di Melaka pada 1511.

Ketibaan keju di Tanah Melayu

Ketibaan keju di Tanah Melayu bukanlah dari zaman Portugis, bahkan seawal zaman kegemilangan Melaka pada abad ke-14 lagi, melalui pedagang Arab yang datang ke sini. Namun keju dilihat untuk golongan kelas atasan dan hanya golongan bangsawan sahaja yang mampu menikmati keju.

Makanan keju mula masuk di Tanah Melayu secara besar-besaran selepas Portugis menawan Melaka pada 1511. Perkataan keju juga berasal dari perkataan Portugis quiejo – dan ia dinikmati oleh golongan pemerintah serta yang dekat dengan Wizurai Portugis.

Selepas Belanda dan Inggeris datang ke Tanah Melayu, keju masih dilihat sebagai makanan mewah untuk penduduk Melayu. Sehinggakan ada bidalan di Indonesia “kita makan singkong dia makan keju” (singkong dalam bahasa Indonesia bermaksud ubi, iaitu makanan kelas bawahan).

Selepas kemerdekaan, keju masih dilihat sebagai makanan untuk orang kaya sehingga pada tahun 1982 apabila McDonalds mula membuka restorannya di Malaysia. Orang ramai yang teruja kerana akses untuk makan keju sudah semakin mudah. Dengan wujudnya Big Mac, minat terhadap keju dari masyarakat di Malaysia semakin tinggi.

Dan Kentucky Fried Chicken, yang telah membuka cawangan di Malaysia sejak 1973, melihat McDonalds sebagai pesaingnya. Dan pada dekad 90an (lebih tepat, 1996), KFC melancarkan produk Cheesy Wedges dalam menunya.

Dengan wujudnya produk KFC ini, akses orang ramai untuk menikmati keju semakin mudah, tambahan pula dengan status KFC sebagai restoran makanan segera nombor satu di negara ini.

Dan apabila kilang-kilang IKS melihat peluang dengan mencipta sos keju a la Cheesy Wedges mampu menarik ramai peniaga kecil-kecilan untuk memulakan perniagaan, maka ia mula bergiat dengan rancak sekitar 2006.

Pada mulanya sos keju ini diletakkan di makanan seperti sosej atau kentang goreng, tetapi menjelang 2010an, terutamanya apabila wujudnya media sosial seperti Instagram, Twitter dan Facebook, maka wujudlah trend seperti pisang goreng cheese, keropok lekor cheese, dan pelbagai lagi makanan yang diletakkan sos cheese ini.

Namun pada hari ini, ramai yang sudah melihat makanan berkeju ini sebagai ‘kitsch’ dan jenaka di media sosial kerana terlalu banyak makanan yang ada pada hari ini semua mahu diletakkan keju (atau sos keju Cheesy Wedges).

Adakah trend makanan berkeju ini satu hari nanti akan berakhir? Apa pandangan anda tentang makanan berkeju ini? Sila beri pandangan anda pada ruangan komen di bawah.

Read more

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Nak Bersama Dengan Tersayang Di Hari Kekasih Ini? Fluffed Cafe Tempat Terbaik!

Roti Canai Valentine Pada Hari Valentine?