in

Roti Canai Valentine Pada Hari Valentine?

Di tengah kesibukan kota di Kuala Lumpur, restoran roti canai “Valentine Roti” mungkin tempat yang paling anda tidak terfikir untuk membawa kekasih anda pada Hari Valentine pada 14 Februari nanti.

Rotinya yang garing, lazat, serta banyak pilihan untuk roti canai, ia adalah tempat yang sempoi untuk anda berdua melepak jika kekasih anda tidak kisah untuk makan di tepi jalan.

Terletak di Jalan Semarak, berhampiran Menara Celcom dan Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Valentine Roti menyediakan pelbagai jenis roti canai untuk dinikmati dari jam 5 petang hingga ke jam 2 pagi.

Untuk menu paling istimewa, Roti Valentine – dengan harga RM5.00, ianya adalah roti sardin yang dicampur bersama telur, bawang, daun bawang dan kobis. Teksturnya yang garing disamping kuah karinya yang enak menjadikan tempat ini sungguh popular dari kalangan penduduk ibu kota.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kenapa Ramai Orang Di Malaysia Gemarkan Keju?

Aunty Manju’s Banana Leaf: Kari Tulang Kambing Yang Meletup Padu!