in

Aunty Manju’s Banana Leaf: Kari Tulang Kambing Yang Meletup Padu!

Juadah dari India Selatan seperti varuval kambing, ayam masala, peria goreng yang pasti memukau anda

 

Terletak di Jalan Tun Mohd Fuad 1, Taman Tun Dr Ismail, Aunty Manju’s Banana Leaf menjanjikan selera dari India Selatan yang pasti memukau selera anda.

Antara yang menjadi juadah popular di Aunty Manju’s ialah kari tulang kambing, yang disediakan dengan set empat ketul dengan harga RM25.00.

Menggunakan tulang daging kambing yang diimport dari Australia, dagingnya yang lembut disamping sum-sum tulang kambing yang manis, diperap dengan beberapa rempah seperti jintan manis, serbuk cili, serbuk kari dan kunyit selama sejam sebelum dimasak.

Selain itu, menunya yang lain ialah seperti peria goreng, ayam goreng, rasam, varuval kambing, ayam masala dan pelbagai lagi juadah nasi daun pisang yang pasti membuatkan anda mahu berkunjung lagi.

Mereka juga menyediakan pencuci mulut yang bernama Kesari untuk dimakan bagi menghilangkan rasa pedas rempah selepas makan.

Alamat: Restaurant Aunty Manju’s, No. 18 Jalan Tun Mohd Fuad 1, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur

Tel: 03-7733 5954

Read more

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Roti Canai Valentine Pada Hari Valentine?

Resipi Masakan Yang Best Untuk Hari Kekasih