in

Resipi Masakan Yang Best Untuk Hari Kekasih

Resipi ringkas dan cepat tapi enak untuk dua orang sempena Hari Kekasih.

Sempena Hari Kekasih ni, ada yang mahu tunjuk “extra-effort” sikit untuk memanjakan pasangan mereka, dengan memasak untuk makan malam bersama pada Hari Kekasih ini.

Jadi kami di Fork mahu berkongsi beberapa resipi masakan yang sedap-sedap untuk anda cuba sempena Hari Kekasih ini.

Untuk pembuka selera:

Cheesy Enchilada Chicken Chilaquiles

Walaupun namanya agak berbunyi Latin Amerika, tapi bahan-bahannya masih mudah didapati di pasaraya sebenarnya. Apa yang paling penting ialah sos enchilada, iaitu

1/4 minyak masak
2 sudu besar tepung
3 sudu besar serbuk cili
1 tin puri tomato (jika pakai sos tomato pun boleh tapi ia kurang pekat)
1 cawan stok ayam
2 sudu kecil jintan manis
1 seulas bawang putih
bawang besar dipotong cincang

Tumis jintan manis, serbuk cili, bawang putih dan bawang besar sehingga terbit bau, kemudian letakkan tepung dan puri tomato. Kacau perlahan-lahan dengan api kecil. Kemudian, tuang stok ayam dan kacau hingga cukup pekat.

Untuk bahan-bahan yang lain pula, anda perlukan:

Sepeket kerepek Tortilla (boleh beli di pasaraya, ada jenama seperti Chachos, Mission atau Pringles )
Sos enchilada yang anda buat tadi
2 cawan dada ayam yang direbus dan dicarik-carik
1 1/2 cawan keju Colby Jack, kalau tak ada, Parmesan pun boleh
Jalapeno, atau cili untuk toppings kalau inginkan kepedasan

Cara membuatnya:

1. Letakkan kerepek Tortilla di atas pinggan, kemudian taburkan dada ayam, keju, dan sos enchilada di atas kerepek tersebut.

2. Panaskan di ketuhar mikro selama 2 minit.

3, Taburkan jalapeno atau cili atau kerepek tersebut.

4. Makan

Untuk makanan utama pula, saya cadangkan resipi meatball a la IKEA ini.

Untuk bebola daging:

1 cawan serbuk roti
2 sudu besar mentega tanpa garam
1/3 cawan bawang besar dipotong dadu
2 ulas bawang putih, dipotong hancur
1/4 sudu kecil rempah “allspice” – boleh cari di pasaraya
Garam dan lada sulah
1/2 cawan susu
1 sudu kecil sos Worchestershire (Lea and Perrins)
3/4 lbs daging kisar
1 biji telur, dan tambahan 1 biji putih telur
Minyak masak

Cara membuatnya:

1. Tuang serbuk roti di dalam mangkuk besar.

2. Kemudian, gunakan mentega untuk menumis bawang besar, bawang putih, allspice, garam, lada sulah, dan kacau sehingga lembut dan tidak hangus selama 5 minit.

3.Kecilkan api, kemudian letakkan sos Worchestershire dan susu dan kacau sehingga rata. Kemudian, campuran susu tadi dituangkan ke serbuk roti, dan kacaukannya sehingga jadi pekat.

4.Biarkan ia sejuk.

5. Masukkan daging kisar, telur dan telur putih dan kacaukan ia bersama.

6. Uli campuran tersebut dengan tangan bentuk bebola.

7. Tumis minyak masak, dan goreng bebola daging tersebut hingga masak.

Untuk sos:

2 sudu besar mentega tanpa garam
2 sudu besar tepung serbaguna
1 1/2 cawan stok daging yang direbus
1 sudu kecil sos Worchestershire
1/4 cawan krim putar
Garam dan lada sulah
Daun parsli untuk hiasan

Cara membuatnya

1. Panaskan mentega, kemudian letakkan tepung serba guna dalam kepanasan sederhana.

2. Kacau perlahan-lahan tepung tersebut secara lembut.

3. Tuangkan stok daging rebus dan sos Worchestershire dan kacau sehingga pekat.

4. Tuangkan krim putar dan perlahankan api.

5. Gaulkan bersama bebola daging tadi hingga rata.

6. Makan.

Untuk pencuci mulut pula, anda boleh cuba resipi Raspberry Fool ini.

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan jam Raspberry
  • 1 1/4 cawan krim berat
  • 1 sudu gula
  • 1 cawan buah Raspberry segar
  • 4 keping biskut pilihan anda

Cara-Cara:

  1. Dalam mangkuk besar, pukul krim berat bersama gula sehingga campuran menjadi pekat.
  2. Dalam mangkuk lain, kacau jam sehingga menjadi halus dan masukkan ke dalam campuran krim itu tadi. (Kacaukan dengan lembut dalam gerakkan satu arah agar tekstur krim tidak rosak).
  3. Hidangkan bersama biskut dan buah Raspberry segar.

 

Selamat mencuba!

 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Aunty Manju’s Banana Leaf: Kari Tulang Kambing Yang Meletup Padu!

5 Staycations To Visit For A V-Day Getaway