in

Pizza Sambal Hitam Dan Toppings Petai? Tak Pelik Jika Anda Di Jerantut!

Sambal hitam diperbuat daripada ikan bilis, bawang besar, belimbing buluh hitam dan cili padi merupakan makanan tradisional Pahang

Jika anda berada di Jerantut dan mahu rasakan kelainan dalam menikmati pizza, maka anda berada di tempat yang betul.

Restoran Pizza Anak Dol, yang terletak di Kampung Bukit Dinding, kira-kira 20 kilometer dari Jerantut, 46 kilometer dari Temerloh, atau 14 kilometer dari pekan terdekat, Kuala Krau, menjanjikan rasa tempatan dalam pizza anda.

Pizza sambal hitam dan petai sebagai toppings adalah tarikan utama orang luar untuk datang ke Kampung Bukit Dinding.

Orang ramai yang datang dari kawasan daerah Temerloh dan Lipis, bahkan sehingga Kuantan dan dari Kuala Lumpur turut datang ke sini semata-mata mahu menikmati pizza sambal hitam ini.

Sambal hitam, yang merupakan makanan tradisional Pahang di bahagian hulu sungai Pahang seperti Jerantut, Lipis dan Temerloh, diperbuat daripada ikan bilis, bawang besar, belimbing buluh hitam serta cili padi yang banyak.

Rasanya yang pedas menambahkan selera apabila memakan juadah tradisional Pahang yang lain seperti patin tempoyak.

Jadi, bagaimana pula terfikir idea untuk membuat pizza sambal hitam ini?

Menurut pemilik restoran itu, Nor Rosidah Osman, idea menghasilkan piza itu tercetus apabila menyedari makanan barat seperti piza tidak begitu popular di daerah berkenaan.

β€œSambal hitam sememangnya popular kerana ia tradisi masakan Pahang dan dari situ saya terfikir untuk menyediakan β€˜topping’ berkenaan bersama satu lagi menu, sambal petai.

Kata Rosidah lagi, kini restorannya mampu mengeluarkan 300 keping pizza dalam masa sehari dan adakalanya permintaan meningkat sehingga 500 keping pizza ketika musim cuti persekolahan.

Jadi, anda semua nak cuba pizza sambal hitam ini? Dah pernah cuba? Share dan komen di ruangan komen kami di Facebook.

Read more

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Staycations To Visit For A V-Day Getaway

5 Tempat Makan Paling Popular Di Semenyih