in

5 Tempat Makan Paling Popular Di Semenyih

Sempena pilihan raya kecil DUN Semenyih ini, sudah pasti ramai pelancong politik dari luar yang datang ke pekan Semenyih, dan semestinya dalam kehangatan berkempen dalam pilihan raya kecil kali ini, apa yang mahu dicari sepanjang kempen ini ialah tempat makan yang sedap.

Berikut adalah 5 tempat makan paling popular di DUN Semenyih.

1. RESTORAN AL-REEF

Terletak di Taman Rinching Indah, Restoran Al-Reef menyediakan makanan Arab yang cukup popular bukan saja dari warga Semenyih, tetapi sehingga Bangi, Kajang dan Putrajaya. Antara yang popular di restoran ini ialah mandy kambingnya yang digemari oleh penduduk di sekitar sini.

2. RESTORAN RK FATIMA

Terletak di pekan Bangi Lama, ia adalah tempat yang popular dari kalangan penduduk di Semenyih.

3. SEMENYIH ECO THAI RESTAURANT

Terletak di Sungai Lalang, Semenyih Eco Thai Restaurant menyajikan makanan Thai asli yang halal untuk tarikan orang ramai terutamanya mereka yang tinggal di Bangi dan Kajang. Mereka menyediakan seperti siakap stim, ketam goreng cili dan tomyam, yang sememangnya menjadi pilihan keluarga dari sekitar kawasan ini.

4. RESTORAN ITIK SALAI MASTAR

Terletak di Rinching Hulu, restoran ini menyajikan masakan Minangkabau asli dan yang paling popular di sini ialah masak lemak cili api itik salai. Kedai ini juga mempunyai cawangan di Bangi dan di Sungai Ramal, yang cukup popular dari kalangan penduduk di sekitar sini.

5.SHAQHEL’S KITCHEN

Terletak di Semenyih Sentral, mereka menyediakan makanan Barat yang bertemu dengan Timur. Macam mana tu? Antara menu mereka ialah Burger Dengdeng,Chicken Roulette dan Hulk Plater. Terdapat juga makanan lain seperti Laksa Kedah, Kacang Pool, dan Lontong yang boleh dinikmati di sini.

Read more

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pizza Sambal Hitam Dan Toppings Petai? Tak Pelik Jika Anda Di Jerantut!

Who Is Fast Food For?